Sunday 29 April 2012

PEMBANGKANG GUNA BERSIH UNTUK RAMPAS PUTRAJAYA






GANAS DAN MELAMPAU.... Peserta perhimpunan haram, yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil, bertindak liar dengan membaling objek dan menendang sebuah kenderaan polis di hadapan Pusat Membeli-belah Sogo, di Kuala Lumpur, semalam.

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya perhimpunan Bersih yang berlangsung di Dataran Merdeka semalam membuktikan keinginan pembangkang mengambil alih Putrajaya.

“Perhatian mereka bukan mengenai pilihan raya yang  bersih dan adil sebaliknya mereka mahu menunjukkan kerajaan sedia ada seolah-olah melakukan perkara yang tidak baik.

“Itu sebabnya mereka menolak apabila ditawarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di Stadium Merdeka dan mahukan Dataran Merdeka.

“Mereka mahu menunjukkan berlakunya konfrontasi dengan polis dan membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Najib yang menyedari niat sebenar di sebalik perhimpunan itu turut menasihati peserta perhimpunan supaya memberi perhatian yang lebih kepada kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki di Mount Kiara daripada membuang masa di Dataran Merdeka.

“Daripada anda membuat konfrontasi dengan pihak polis lebih baik anda membantu polis mencari kanak-kanak lelaki yang terlibat dalam kes penculikan di Mount Kiara baru-baru ini.

“Saya telah memasukkan berita mengenai penculikan ini dalam laman media sosial dan maklum balas yang diterima ke atas kes ini lebih banyak berbanding Bersih,” katanya.

Perhimpunan Bersih 3.0 merupakan kesinambungan daripada Bersih 2.0 dan dijalankan secara serentak di seluruh negara sebagai desakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Malaysia untuk mengembalikan hak rakyat mendapatkan satu pilihan raya bersih dan adil seperti yang sepatutnya.

Pemimpin Bersih dan pengamal undang-undang pembangkang berjanji bahawa perhimpunan itu akan diadakan secara aman malah tidak akan mendatangkan kekecohan dan rusuhan seperti yang berlaku sebelum ini. (Utusan Borneo)

11 comments:

  1. perbuatan segelintir masyarakat di negara ini, demi seorang manusia munafik akhirnya mengundang mudarat kepada keamanan negara kita. adakah kita mahu melihat negara kita kacau bilau seperti apa yang berlaku di luar negara sana. Dimana ketegasan Datuk Najib dalam perkara ini, selaku pemimpin no 1 negara. rakyat sudah muak, bosan dengan keadaan ini, lebih baik sumbatkan saja anuar dan ambiga ke dalam penjara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itu Ambiga dan Anwar minta ISA dihapuskan, suapa mereka dengan bebas boleh mengancam keselamatan negara..

      Delete
  2. Pembangkang memang memanipulasi perhimpunan Bersih untuk kepentingan politik mereka. Itulah boleh jadi sampai huru hara begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alasan saja ba tu.. jawatankuasa PSC sudah jelaskan bahawa 7 dari tuntutan Bersih telah dimasukkan dalam 22 syor PSC sebelum perhimpunan dilancarkan.. tapi kenapa Ambiga masih berkeras mahu mengadakan perhimpunan??

      Delete
  3. pembangkang kini makin melampau, suka memanupulasikan rakyat dan menimbulkan kekecohan. janganlah cemarkan keamanan di negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk merampas kerajaan, ini sahaja cara paling berkesan berbanding dengan mengharapkan undi 12 juta rakyat Malaysia..

      Delete
  4. Sekiranya betul, pembangkang mengunakan taktik kotor untuk menawan Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang sebenarnya sedar bahawa mereka tidak mampu merampas puterajaya setelah menyaksikan kekalahan demi kekalahan baik ketika PRK mahupun PRN.. sebab itu mereka menggunakan demonstrasi yang telah terbukti berkesan di negara2 luar..

      Delete
  5. Tujuan Bersih sudah nampak lari dari tujuan asal

    ReplyDelete
  6. Inikah yang kita mahu contohi?? Rasanya tidak bukan. Maka fikirkanlah sendiri mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  7. Ambiga masih belum menafikan bahawa perhimpunan yang beliau anjurkan ini dibiayai oleh kuasa asing..

    ReplyDelete