TINDAKAN Pengerusi Bersama
BERSIH Datuk S Ambiga yang tetap mahu mengadakan berhimpun di Dataran Merdeka
Sabtu ini dilihat sebagai agenda 'tali barut asing untuk menghancurkan negara',
dakwa Umno Cheras.
Ketua bahagian itu, Datuk
Syed Ali Syed Abas Alhabshee berkata, tanpa sokongan luar, Ambiga dan pemimpin
BERSIH tidak akan berani mencabar kedaulatan undang-undang negara ini.
"Dilihat kepada sikap
keras kepalanya, tidak mustahil Ambiga membawa agenda jahat kuasa luar untuk
menghancurkan negara ini. Jika dia benar-benar jujur, sepatutnya menerima
cadangan kerajaan supaya perhimpunan diadakan di stadium, bukannya di jalanan
atau lokasi tumpuan umum," tegasnya .
Sehubungan itu, Syed Ali
mendakwa Ambiga mempunyai niat tidak bersih dan sengaja melakukan provokasi
untuk menghuru-harakan negara ini.
Syed Ali juga mendakwa
rakyat bukan sahaja mencemuh dan menolak bekas pengerusi Majlis Peguam itu,
bahkan juga hairan dengan sikap pihak berkuasa yang didakwanya "seperti
takut untuk bertindak".
Dalam kenyataannya hari ini,
pemimpin Umno itu turut mempersoalkan apa lagi kemahuan Ambiga sedangkan
kerajaan didakwanya memenuhi hampir 80 peratus tuntutan BERSIH 2.0.
"Sebenarnya mereka
sengaja merancang untuk lakukan demontrasi jalanan sepertimana yang dilakukan tali
barut asing di beberapa negara Islam sebelum ini," katanya sambil
mengaitkan dengan peristiwa di beberapa negara Timur Tengah.
Syed Ali turut mengutuk
pendirian PAS yang sanggup bersubahat dengan Ambiga yang didakwanya penyokong
kuat amalan budaya seks songsang.
Tidak mustahil jika Bersih ini didalangi oleh pihak pembangkang dan pihak asing yang ingin lihat negara ini porak-peranda.
ReplyDeleteHarap keadaan terkawal semasa perhimpunan ini dibuat. Bukan seperti Bersih 2.0
ReplyDeletebersih 3.0 lebih teruk dari bersih 2.0. kekecohan berlaku, byk harta benda rosak, ramai cedera. ini bukan lagi perhimpunan aman.
DeleteCampurtangan pihak asing dalam hal ehwal negara ni pasti akan membawa masalah yang lebih besar lepas ni.
ReplyDeleteKalau betul ada campur tangan luar pasti akan lebih merumitkan.
DeleteSudah diberi stadium tapi banyak buat hal la pula..
ReplyDeleteItu tidak mustahil berlaku. Apa pun kita tunggu siasatan dibuat mengenai dakwaan ini. Mungkin ada kebenaran kenapa BERSIH boleh menjadi-jadi sekarang ini.
ReplyDeletebolehkah Ambiga menafikan bahawa penganjuran perhimpunan Bersih tidak ada kaitan dengan kuasa asing?? ketika penganjuran Bersih 2.0, ada ura2 kononnya peserta2 dibayar antara rm50 hingga rm500 menggunakan dana asing.. betul ka??
ReplyDeletesekiranya dakwaan ini betul, Ambiga patut dikenakan tindakan undang2.. tapi malangnya, ISA telahpun dimansuhkan..
ReplyDelete