Oleh: KREW SABAHKINI.NET
PENGELIBATAN mana-mana guru
di negeri ini dalam politik sewajarnya diambil tindakan oleh Jabatan Pendidikan
dan sememangnya penglibatan itu akan menganggu tugas murni mereka memberikan pendidikan
terbaik kepada anak bangsa yang begitu mendambakannya.
"Benar sekali, tugas
guru adalah memberikan pembelajaran kepada murid dan tidak perlulah mereka
terlibat dengan politik. Jika guru terlibat keluar melaksanakan kerja politik
di luar daripada tugas mereka pada waktu yang sepatutnya mereka berada di sekolah
atau kawasan tempat bertugas, itu pasti menganggu tugas sebagai guru," kata
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) St John,
Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih.
Beliau menyatakan demikain
sebagai mengulas dan menyokong teguran ikhlas dari Pengarah Pelajaran Negeri
Sabah, Datuk Haji Muhiddin Yusin yang tersiar di akhbar tempatan kelmarin dulu.
Dalam kenyataan itu, Datuk
Dr Muhiddin mengingatkan mana-mana guru di negeri ini agar menghentikan
kegiatan mengeluarkan kenyataan berkaitan politik terutamanya melalui laman
sosial yang boleh melanggar peraturan dan boleh diambil tindakan.
Menurutnya, sebagai Ketua
Jabatan beliau berhak mengenakan tindakan terhadap guru yang dibuktikan
melanggar peraturan.
"Ini dikhuatiri setiap
kenyataan yang dikeluarkan akan membawa kontroversi kepada diri mereka sebagai
kakitangan kerajaan, selain itu orang akan mempersoalkan kedudukan mereka yang mana
keadaan ini boleh membawa suasana yang tidak baik," kata Datuk Dr
Muhiddin.
Datuk Dr Muhiddin berkata
dari masa ke semasa pihak jabatan menerima banyak aduan berkaitan isu ini, namun
pihaknya tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana kebanyakan aduan itu
diterima secara lisan.
"Mungkin benar ada guru
yang mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial seperti Facebook atau Twitter
yang bertentangan dengan fungsi mereka sebagai guru atau penjawat awam. Jesteru
itu, saya nasihatkan mana-mana guru yang terlibat agar menghentikan segera
tindakan mereka ini sebelum tindakan diambil," kata Datuk Dr Muhiddin
dalam kenyataan itu.
Haji Ghulabdin berkata
sebagai seorang bapa sudah tentulah kami amat mengharapkan anak yang sedang
belajar mendapat pendidikan yang baik
dari guru mereka, tetapi seandainya seseorang guru yang diberikan tugas
mengajar anak bangsa melibatkan diri dalam politik kami khuatir dan bimbang
ianya boleh menjejaskan tugas murni yang diamanahkan itu.
Sehubungan itu Haji
Ghulabdin, meminta sekiranya ada mana-mana guru yang terlibat supaya memandang
berat teguran dan kenyataan yang telah dibuat oleh Datuk Dr Muhiddin dengan
segera menimbang sama ada untuk melepaskan jawatan sebagai guru atau menumpukan
terus penglibatan sepenuhnya dalam arena politik.
"Kami amat memandang
berat pengelibatan guru dalam politik terutamanya di Daerah Tuaran dan jika
pencabulan tugasan murni sebagai pendidik yang diamanahkan kerajaan kepada
mereka diadapati ada dilakukan seperti dinyatakan oleh Datuk Dr Muhiddin
sebagai melanggar peraturan; maka kami menerusi PIBG mendesak supaya tindakan
sewajarnya dapat diambil oleh pihak Jabatan Pelajaran negeri," kata
HajiGhulabdin lagi.
"Saya penuh yakin
bahawa teguran dan pandangan daripada Datuk Dr Muhiddin ini adalah ikhlas untuk
menjaga nama baik semua warga pendidik di negeri ini dan seandainya guru-guru
berkenan ingin terus berbakti dan menjadikan profesyen mereka demi kebaikan
anak bangsa, maka sewajarnya mereka tidak melibatkan diri dalam bidang politik,"
kata Haji Ghulabdin yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (AMNAH) Kawasan
Dewan Undangan Negeri Sulaman.
Guru jangan terbawa2 politik tu bila mengajar murid2 di sekolah.
ReplyDeleteUnsur politik harus dikecualikan di pelajaran.
DeleteRisau juga kalau guru terbawa-bawa unsur politik dalam pembelajaran
Deleteitulah yang paling penting.. dikhuatiri komitmen mereka lebih kepada politik berbanding dengan mendidik pelajar2 sekolah..
Delete"PENGELIBATAN mana-mana guru di negeri ini dalam politik sewajarnya diambil tindakan oleh Jabatan Pendidikan dan sememangnya penglibatan itu akan menganggu tugas murni mereka memberikan pendidikan terbaik kepada anak bangsa yang begitu mendambakannya."
ReplyDeletesaya memang setuju dengan kenyataan ini...
benar, tugas guru adalah memberikan pembelajaran kepada murid supaya mereka dapat dididik menjadi orang yang berguna dan berilmu
ReplyDeleteapa gunanya menjadi guru sebagai karier jika ingin berpolitik, lebih bagus jadi politikus sahaja
ReplyDeleteya, guru-guru yang terlibat dalam politik berhak dikenakan tindakan jika didapati melanggar peraturan.
ReplyDeleteya, penimbangan yang wajar adalah perlu sama ada untuk melepaskan jawatan sebagai guru atau menumpukan terus penglibatan sepenuhnya dalam arena politik. janganlah mengundang masalah ke atas diri sendiri
ReplyDeletepara guru harus tumpukan perhatiaan mereka pada mendidik pelajar, sebaiknya tak perlu nak melibatkan diri dalam politik.
ReplyDeleteJika guru nak masuk politik, baik kerja full time politik untuk berkhidmat untuk rakyat.
ReplyDeleteAgree to Anonymous, if the teacher interested to be the politician, must well involve as full time.
DeletePara guru harus menumpu perhatian untuk mengajar.
ReplyDeleteNothings wrong if the teacher can identify and be able to seperate both politics and school.
ReplyDeleteJanji tidak mengganggu pengajaran mereka, rasa tiada masalah juga.
ReplyDeleteTidak salah sebenarnya, yang penting guru-guru tidak membawa unsur politik dan mempengaruhi para pelajar.
ReplyDeleteSemoga unsur-unsur politik tidak dibawa masuk ke sekolah.
ReplyDeleteLebih baik tumpukan perhatian dengan 1 karier saja
ReplyDeleteGuru berpolitik itu terpulang dengan mereka. Namun pastikan mereka tidka lupa akan tanggungjawab mereka sebagai seorang tenaga pengajar.
ReplyDeletekalau begitu, para pelajar juga tidak dibenarkan terlibat aktif dalam politik terutamanya golongan mahasiswa.. tugas mereka adalah belajar..
ReplyDelete