Friday, 27 April 2012

UMNO SEKONG SARAN GUGURKAN SAMSUDDIN?





BEBERAPA cawangan Umno di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dalam Parlimen Batu Sapi mahu pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) meletakkan mereka yang benar-benar layak.

Kata mereka, rakyat bukan sahaja menilai sikap jujur dan ikhlas tetapi amat mengharapkan pemilihan calon BN untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti biarlah datang dari kalangan anak jati di kawasan itu.

Yang pastinya, tsunami melobi untuk menjadi calon dan yang masih mahu kekal sebagai calon sedang berlaku di seluruh negara sekarang dengan begitu banyak turun padang semata-mata untuk meyakinkan rakyat tentang kelayakan diri masing-masing.

Sekong tidak terkecuali, rata-ratanya sudah mulai bercakap walaupun tidak pasti siapakah calon-calon BN yang berkelayakan tetapi nampak perubahan besar kerana dikatakan konon di kalangan pemimpin Umno di peringkat cawangan termasuk ketua-ketua keluarga mahukan calon yang bakal dipilih nanti adalah merupakan 'Anak Jati Sekong’.

Biar pun pemilihan calon kali ini agak rumit tetapi pucuk pimpinan BN diharap bersikap adil dan telus sudah tiba masanya suara anak jati diberikan perhatian sewajarnya mengambil kira semenjak beberapa dekad dengan kerajaan yang bersilih-ganti wakil rakyatnya merupakan kalangan anak jati.

Baru-baru ini, bertempat di Balairaya Kampung Istimewa dekat sini kira-kira 500 orang telah menghadiri satu perjumpaan silaturrahim bersama Abdul Rahman Bun iaitu salah seorang ahli jawatankuasa Umno Bahagian Batu Sapi.

Dengan membentangkang kain rentang berbunyi ‘Suara Anak Jati Sekong’ jelas menunjukkan bahawa sokongan padu terhadap Abdul Rahman, 53, yang disebut-sebut layak diketengahkan sebagai calon BN untuk bertanding di DUN Sekong pada PRU-13.

Ini berdasarkan latarbelakang sebagai anak jati berasal dari Kampung Istimewa dan selayaknya pucuk pimpinan memilih beliau calon BN sekali gus diangkat sebagai wakil rakyat.

Abdul Rahman dikatakan memiliki sikap kepimpinan yang jujur, ikhlas dan sentiasa mendengar denyutan nadi rakyat membuatkan sebahagian rakyat di kawasan berkenaan tidak ragu-ragu untuk menyatakan sokongan mereka yang dibuat secara muktamad.

Di samping itu, Abdul Rahman juga memiliki pengalaman yang luas di dalam politik kerana seawal usia muda iaitu sejak era pemerintahan kerajaan Usno sudah mulai berjinak-jinak menceburi bidang tersebut.

“Sudah tiba masanya bagi pucuk pimpinan BN khususnya parti Umno mempertimbangkan agar pemilihan calon yang akan bertanding atas tiket BN pada PRU-13 adalah di kalangan anak jati Sekong.

“Kami bertekad dan mahu saudara Abdul Rahman kerana beliau benar-benar layak di samping adalah merupakan anak jati di kawasan ini. Tidak salah untuk pucuk pimpinan memilih beliau, beliau sentiasa dekat di hati rakyat. Susah senang bersama-sama rakyat,” kata Ramli Dandan kepada New Sabah Times di sini, kelmarin.

Katanya, meski pun keputusan pemilihan calon BN terletak kepada pucuk pimpinan pimpinan parti diketuai Perdana Menteri selaku Presiden Umno iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun tetapi mereka mengharapkan Abdul Rahman dipertimbangkan untuk dipilih sebagai calon kali ini.

Sementara itu, beberapa siri perjumpaan Abdul Rahman dengan rakyat Sekong sudah pun dibuat sebelum ini yang dikatakan mendapat sambutan hebat dan dalam masa terdekat ini beliau dijangka akan menghadiri perjumpaan yang sama berikutan permintaan penduduk di situ mahu bersuai kenal dengan beliau ketika kehangatan pemilihan senarai calon BN semakin hampir.

9 comments:

  1. Suara rakyat juga perlu didengari kerana nasib mereka bakal diwakili oleh wakil rakyat mereka nanti.

    ReplyDelete
  2. Senarai calon sudah dihantar kepada PM. Terpulang kepada beliau mahu meletakkan calon yang sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. calon yang ditentukan pasti calon yang terbaik dan boleh menang.

      Delete
  3. Kalau majoriti menyokong kepimpinan Abdul Rahman,tidak mustahil juga dia akan terpilih sebagai winnable candidate nanti.tunggu saja pengumuman daripada PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan besar tu ada. Sebab ramai yang sokong dia.

      Delete
  4. Pilih calon boleh menang ertinya penduduk sekitar menerima dia sebagai calon. Bukan calon kesayangan pihak2 tertentu.

    ReplyDelete
  5. Setiap calon yang dipilih perlulah ditapis terlebih dahulu. Pastikan calon dapat sokongan daripada penduduk sendiri.

    ReplyDelete
  6. senarai calon sudah dihantar kepada pucuk pimpinan.. jika tidak suka dengan calon yang diketengahkan kelak, akur saja la dengan keputusan itu..

    ReplyDelete
  7. pemilihan anak jati bukan jaminan bahawa kawasan itu akan terus membangun..

    ReplyDelete