Monday 30 April 2012

ABDUL RAHMAN BUN PATI?



JANGAN MIMPI…..Samsul  selar Abd Rahman Bun jangan mimpi mahu jadi calon BN di Sekong.

Oleh : SINGGIOK R ANTHONY

"JANGAN mimpi di siang hari untuk jadi calon BN/UMNO di DUN Sekong pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Bukan senang mahu jadi seorang pemimpin. Kalau diri sendiripun tidak boleh dipimpin, apa lagi mahu pimpin lebih 20,000 rakyat di kawasan Sekong."
Demikian kata seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu Sapi merangkap Pemaju Mukim Sekong, Samsul Kelana Samli kepada Sabahkini.Net ketika diminta mengulas satu kenyataan bahawa Abdul Rahman Bun layak jadi Calon BN/UMNO Sekong pada PRU 13 nanti menggantikan penyandang, Datuk Samsudin Yahya.

Kata Samsul, seseorang yang kepingin menjadi calon BN/UMNO sekurang-kurangnya mempunyai perwatakan dan ciri-ciri  pemimpin; serta turut mempunyai aset sekurang-kurangnya mempunyai simpanan paling sikt RM300,000 dan bukan mengharap wang tajaan daripada parti.

Untuk makluman umum kata, Samsul semasa pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi pada tahun 2010, Abdul Rahman Bun telah membawa Datuk Yong Teck Lee mengadakan perjumpaan dengan rombongannya yang terdiri daripada para penyokong UMNO; konon-kononnya mereka mahu keluar daripada UMNO dan menyertai SAPP.

Namun niat jahatnya tidak sampai ke mana kerana pergerakannya telah diketahui oleh para pemimpin tertinggi UMNO. Atas maklumat yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO Batu Sapi, Abdul Rahman Bun kemudiannya menuntut sejumlah wang daripada jentera BN, jika tidak beliau akan meneruskan niatnya menyertai SAPP.

"Pemimpin yang mudah dijual beli seperti Abdul Raham Bun akan mencemarkan nama baik UMNO kerana orang seperti ini gila kuasa, gila duit dan itu saja yang ada didalam fikirannya.

Kata Samsul lagi, Abdul Rahman Bun gemar menyimpan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan kebanyakan para pengikutnya adalah bukan peduduk tulen Sekong; sebaliknya orang Filipina yang diberikan Kad Pengenalan projek.

Banyak lagi kelemahan-kelemahan yang terdapat pada dirinya (Abdul Rahman), kata Samsul terutama  cakap Bahasa Melayupun tidak fasih seperti 'pasal ikan' (pasar ikan), nasi sampul (nasi campur).

"Sebaiknya Cermin dulu diri. Jangan bak kata pepatah, hidung macam serobong kapal, wajah macam buntut kuali," kata Samsul lagi.

Tegas Samsul, 80 peratus para pengikut Abdul Rahman adalah pendatang asing (PATI) yang mendapat kad pengenalan projek H.035XXXX dan H055XXXXX; maka bagaimana boleh menjadi Wakil Rakyat untuk menggantikan Datuk Samsudin?

Andaikata Abdul Rahman ditakdirkan menjadi Wakil Rakyat atas tiket UMNO, maka kata Samsul sudah pastinya kaum kerabatnya yang terdiri daripada PATI diberikan Kad Pengenalan projek dan dilantik menjadi PKR, Ketua kampung, Pengerusi JKKK/JKDB, Ketua Anak Negeri, Pemaju Mukim, CDO dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment