Thursday, 26 April 2012

AMAR MAKRUF, NAHI MUNGKAR






Saudara Pengarang,

ASSALAMUALAIKUM WKTB. Merujuk kepada artikel yang disiarkan Sabahkini.net pada 10 April 2012 yang lalu bertajuk 'Pegawai Kastam Ditangkap Khalwat?'; saya sebagai wakil penduduk Parcel 17RK2, Presint 17 mengalu-alukan pendedahan tersebut dan mengesahkan sememangnya ada penangkapan kes khalwat tersebut.

Kami mengucapkan syabas kepada Pegawai-Pegawai Penguatkuasa JAWI Cawangan Putrajaya kerana telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Hasil aduan yang kami buat sehingga tertangkapnya pasangan tersebut diharapkan dapat memberi peringatan kepada masyarakat amnya dan penduduk-penduduk Parcel 17RK2, Presint 17 khususnya tentang peri-pentingnya menjaga tatasusila dan adab sebagai seorang Muslim agar tidak melanggar Perintah Allah.

Intipan selama lebih kurang sebulan sebelum tangkapan tersebut menimbulkan kecurigaan kerana pasangan tersebut difikirkan sepasang suami dan isteri pada mulanya. Akan tetapi apabila diselidiki, wanita tersebut masih bujang dan lelaki itu pula adalah suami orang.

Beberapa penduduk di sini yang berkerja di satu Jabatan dengan mereka berdua mengesahkan perkara ini. Dengan maklumat yang ada, hampir setiap hari sehinggalah lewat malam kami bergilir-gilir membuat intipan mengawasi gerak-geri mereka berdua. Lelaki itu dilihat kerap menaiki lif menuju dan memasuki unit rumah wanita berkenaan.

Setelah mengambil kata sepakat, kami dengan penuh rasa tanggungjawab untuk menentang kemungkaran melaporkan aduan kepada pihak JAWI Cawangan Putrajaya supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Kami percaya banyak lagi perbuatan sumbang dan maksiat masih berleluasa di kuarters kerajaan di seluruh Putrajaya ini. Hasil aduan daripada jiran dan masyarakat sekeliling pasti dapat membantu pihak JAWI menjalankan tugas murni mereka.

Sekian, Salam Hormat.

Wakil Penduduk PARCEL 17RK2


8 comments:

  1. kepada semua anggota beruniform, jangan ingat uniform kamu kebal.. salah tetap salah..

    ReplyDelete
  2. Kenapa mesti berskandal?? Kahwin sajalah kalau sudah kemaruk sangat.

    ReplyDelete
  3. Jaga nama baik unit yang diwakili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanggungjawab setiap anggota untuk menjaga nama baik jabatan

      Delete
  4. maksia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. tapi jauhilah maksiat.

    ReplyDelete
  5. Anggota kerajaan perlu menjaga tingkahlaku mereka. nila setitik boleh merosakkan susu sebelanga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang buruk sekiranya ada ahli2 penguatkuasaan melakukan maksiat

      Delete
  6. Siasat jangan tidak siasat mengenai dakwaan ini.

    ReplyDelete