IBUNEGARA hari ini menjadi
tumpuan menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2
petang ini. Berikutan adalah laporan langsung mengenai perkembangannya mulai
pagi ini.
11:13am Jalan P Ramlee -
Peserta Himpunan Hijau berarak dari KLCC ke arah Jalan Raja Chulan. Mereka
melaungkan 'Bersih' dan beberapa peserta membantu memudahkan aliran trafik.
Dianggarkan jumlah peserta
sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala
Lumpur.
10.55am Masjid Negara -
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan
wira oleh orang ramai.
10.54am KLCC - Beberapa
orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula
berarak ke arah Masjid Jamek.
Mereka memecah benteng polis
di Jalan Ampang.
10.53am Masjid India - Para
anggota Unit Amal menerajui kira-kira 5,000 peserta untuk melepasi benteng
polis di persimpangan di luar Public Bank, berhampiran hujung utara Dataran
Merdeka.
10.51am Tiga jam sebelum
perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah
berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.
KLCC - 5,000
Jalan Sultan - 4,000
Masjid Jamek - 2,000
Masjid Negara - 1,000
Berhampiran Dataran Merdeka
- 3,000
10.40am: KLCC - Kumpulan
Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak.
Pengerusinya, Wong Tack dan
ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan
Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.
10:40am: Masjid Negara -
Datuk S Ambiga dilihat berjalan ke arah
stesen lama keretapi lama sekarang.
10.34am Setakat ini, tidak
kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak
kelihatan trak meriam air setakat ini.
10.31am Tweet dari PDRM - 8
objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi.
Sementara itu, polis KL
mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL
bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya.
10.20am: Masjid Negara -
Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut.
10.19am Brickfields -
Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer - Angry
Birds.
10.16am Dataran Merdeka -
Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan
untuk bergambar di situ.
10.15am Bangsar - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said
baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk
ketika beliau masuk ke dalam koc.
10.05am Brickfields -
Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town
Coffee Shop di Jalan Thambypillai.
Menurut sesetengah peserta,
mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba
di KL Sentral.
"Saya tidak tahu
bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar
dari stesen kereta api." kata Kelly Tui.
10:03am JLN TUN PERAK
Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.
9.57am Central Market -
Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di
tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH
memasuki Dataran Merdeka.
9.40am Dataran Merdeka -
Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan
utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan
melaungkan slogan.
Kelihatan ratusan anggota
polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.
9.42am - Pasar Seni: 60
anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan
masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta
berjalan kaki dibenarkan lalu.
9.37am KLCC - Anggota
jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang
dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat
perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.
Jumlah orang ramai di KLCC
meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.
9.36am Jalan Sultan -
Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan
dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng
Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu
tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem
Pete Teo.
9.35am: Masjid Negara -
Jalan menuju ke Jalan Sultan Hishamuddin dari Jalan Travers ditutup.
Terdapat kira-kira 500
peserta berhimpun di sini bersama dengan Unit Amal PAS yang berpakaian merah
hati. Lebih ramai datang dari arah stesen KTM untuk menyertai mereka.
Kira-kira 50 anggota polis
dan sebuah trak polis dilihat berada di situ.
9:36am JLN TUN PERAK Peserta
dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada
peserta
9.35am JLN SULTAN/JLN HANG
JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent
Dramatic Association.
9.32am: kemaskini
pengangkutan awam - Tweets dari RapidKL, perkhidmatan seperti biasa, semua
jalan menuju ke bandaraya KL ditutup.
"Bas akan menurunkan
penumpang di stesen LRT berdekatan dengan bandaraya KL. Tiada bas masuk ke
dalam bandaraya KL."
9:30am Jalan Sultan - Di
pasar mini KK, Dr Wong Fort Ping, 57, mula menyanyikan lagu Negaraku, dan
kemudiannya diikuti ratusan peserta.
Wong kemudian memberitahu
orang ramai bahawa beliau turut menyertai perhimpunan BERSIH pertama dan kedua
dan memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy.
9.36am: Jalan Tun Perak -
Seorang lelaki, yang bersama Saw, menyanyi di hadapan orang ramai, dan mendapat
tepukan gemuruh.
Terdapat kira-kira 500
peserta di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak Jalan
Raja-Jalan Parlimen.
Seorang lelaki kurang upaya
kelihatan memberikan ucapan kepada sekumpulan lagi peserta yang duduk
berhampiran di persimpangan tersebut.
9.25am Jalan Tunku Abdul
Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong
belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai
baju-T BERSIH atau baju kuning.
Terdapat sekumpulan orang
muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free
Education'.
Polis menutup Jalan TAR dan
Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia
do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan
menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.
Orang ramai melepak, duduk
di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah
bermula.
9.21am Jalan Tun Perak -
Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada
kenderaan.
Ramai yang duduk di
sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.
9.20am Masjid Jamek LRT -
Sekumpulan peserta BERSIH yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT,
ada yang duduk di tepi jalan.
Jalan menuju ke Jalan Tun
Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50
anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van.
9.15am MASJID NEGARA 500
orang berkumpul di perkarangan masjid.
9.18am Pasar Seni -
Kira-kira 100 anggota polis berbaris di belakang benteng di Lebuh Pasar Besar.
Orang ramai yang berada di
depan sekatan jalan bertambah kepada 100 orang. Mereka menonton aktivis
mengadakan persembahan muzikal.
920am MASJID JAMEK Jln dari
Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT
9.15am KLCC - Pintu masuk ke
KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar
ditutup.
Ketua Pemuda MCA Indera
Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana
menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai.
Pemuda MCA Bahagian Indera
Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir
bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.
Peserta yang kini berjumlah
kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC
mula melaungkan "Stop Lynas".
Kira-kira 100 anggota polis
membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran
pintu masuk.
9:14am JAN TUN PERAK
menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.
9.00am JLN PETALING, DEKAT
HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta
sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis
lain bertepuk tangan.
Anggota polis dilihat
mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic
Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.
9.09am KLCC 500 berkumpul di
taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.
859am MASJID INDIA Penyokong
mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis
mengawal.
8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln
Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk
851am JLN DUTA Sekatan jalan
raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.
8.48am PERSIMPANGAN DEPAN
SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang
Wangi. 150 polis berkawal.
840am JLN IMBI, JLN BKT
BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.
8.32am KLCC AVENUE K Ratusan
penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat
daripada atasan mereka.
8.30am JLN TUN SAMBANTHAN
menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.
8.24am JALAN
TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum
kelihatan.
8am - JLN PETALING - Peserta
mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar
penuh sesak.
8am - JLN PETALING - Peserta
mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar
penuh sesak. (MKINI)
I wonder what this Bersih Rally accomplish?
ReplyDeleteIs a rally really the best solution for any problems?
ReplyDeleteAda juga ka yang ikut rally ni sekadar suka2?
ReplyDeleteMungkin ada yang mahu membalas dendam dengan polis sebab disaman dan sebagainya.
Deleteterlalu ramai orang sampai ia sukar dikawal dan berlaku kekecohan.
ReplyDeletePeserta yang ramai pasti sukar dikawal.
ReplyDeleteTidak ada yang baiknya menyertai perhimpunan tersebut.
ReplyDeletecuba tengok gambar diatas.. dimana mereka berarak?? bukan jalanraya ka tu?? bukan mengganggu kepentingan orang awam yang lain ka tu?? mana perhimpunan duduk dan bantah?
ReplyDeletedengan jumlah yang begitu ramai, mampukah Ambiga mengawal tindak tanduk peserta2nya?? sepatutnya Ambiga perlu dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan bagi sebarang kerosakan harta benda awam, kerugian para peniaga dan kecederaan para peserta..
ReplyDelete