Thursday 26 April 2012

ZURAIDAH TERIMA SURAT SAMAN ZAHIDA






KETUA Wanita PKR, Zuraida Kamarudin berkata, beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik yang didakwanya menerima bayaran RM1.5 juta daripada menteri Umno, kelmarin.

Zuraida berkata, surat melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April itu menuntutnya berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Zuraida berkata, surat itu juga memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan dimulakan.

"Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya. Mengapa pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagai peguam?," soalnya yang juga Anggota Parlimen Ampang.

Sementara itu, Zuraida juga berkata, beliau akan membuat dakwaan dan memberi 'bukti kukuh' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Zuraida enggan memberi gambaran apakah 'bukti kukuh' yang beliau ada.

"Saya akan buat satu sidang akhbar dan berserta bukti dan saksi jika terdapat keperluan. Tapi sekarang, mari kita tumpukan perhatian pada BERSIH 3.0," katanya merujuk kepada perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya Sabtu ini.

10 comments:

  1. itulah celupar sangat.. kenapa Zuraidah perlu persoalkan peguam yang digunakan oleh Zahida?? bukan itu persoalan pokok yang perlu dia jawab..

    ReplyDelete
  2. Zuraidah bukan pertama kali kantoi menipu.. tapi mungkin inilah kali pertama dia disaman.. konon dia ada bukti kukuh, tapi sampai bila2 pun dia tidak akan dedahkan.. Zahida tidak akan berani ambil tindakan undang2 jika dakwaan/tuduhan Zuraidah benar2 belaka..

    ReplyDelete
  3. Silap jangkaan harry .berani kerana benar takut kerana salah ba .jangan terlalu bodah gunakan kewarasan la.

    ReplyDelete
  4. Kenapa tidak bagi terus dengan SPRM bukti2 yang diperolehi sebelum ni?

    ReplyDelete
  5. bgslah dia kena saman, sapa suruh sebar cerita bukan2.

    ReplyDelete
  6. Tunjukkanlah bukti itu dengan segera. Atau sememangnya tiada bukti tapi ada2 kan cerita??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Zuraida ada bukti kukuh lebih tunjukkan, kalau disimpan lama2 expire pula nanti.

      Delete
  7. Kita lihat siapa yang kena, siapa yang masuk perangkap sendiri.

    ReplyDelete
  8. Mahu juga tengok hasil saman2 tu, siapa yang akan kalah.

    ReplyDelete
  9. Kita tunggu siapa yang benar dalam hal ini. Kalau ada bukti rasanya Zuraidah tidak takut. Tapi sebaiknya tunggu saja lebih baik.

    ReplyDelete