Thursday 26 April 2012

HARI BUMI TINGKATKAN KESEDARAN MANUSIA




Oleh : SHAIMON S JUMADI

AHLI Dewan Rakyat (ADR) Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirol menjelaskan saban tahun pada tanggal 22 April di seluruh dunia akan menyambut Hari Bumi bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar.

Kata Juslie, ini bukan sahaja untuk mencetus keinsafan supaya manusia tidak terus bersikap tamak untuk memusnahkan bumi yang semakin rapuh sehingga berlakunya bencana alam silih berganti, perubahan cuaca dan pencemaran alam yang semakin kritikel; malah menyarankan setiap manusia perlu memikirkan sumbangan setiap orang bagi memastikan bumi ini tidak terus dimusnahkan oleh golongan-golongan yang rakus dalam menjana arus pembangunan, tanpa memikirkan apa akan terjadi setelah bumi dinodai.

Juslie berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan 'PSS Earth Day Mini Carnival' anjuran Politiknik Sandakan, kelmarin.

Juslie berkata dalam tempoh tujuh (7) tahun kebelakangan ini, manusia telah dikejutkan dengan pelbagai bencana alam yang bermula Tsunami yang meranap di Acheh Indonesia, dipersisiran pantai antara Thailand dan Sri Langka pada tahun 2004 yang mengorbankan ratusan ribu jiwa.

Kejadian terbaru, kata Juslie turut memusnahkan beberapa bandar di Jepun dan semua insiden atau melapetaka ini perlu dijadikan iktibar agar manusia insaf terhadap kerosakan yang mereka lakukan sendiri di muka bumi ini; sekalipun atas nama pembangunan.

Ekoran perbuatan kejahilan manusia yang mahu mencari sumber kekayaan di dunia tanpa memikirkan implikasinya terhadap alam sekelilingnya, kata Juslie, mereka sanggup memusnahkan alam semula jadi untuk diganti dengan hutan batu lantas membuat bumi ini mengalami hakisan yang semakin buruk saban hari.

“Hutan belantara semakin pupus, bukit bukau ditarah dan ditebuk; sungai dan kawasan perairan bersih semakin diabaikan, lautan diancam pencemaran yang semakin buruk, ruang udara semakin tipis dan cuaca di dunia diancam fenomena pemanasan global,” kata Juslie lagi.
Namun Juslie bersyukur kerana manusia mula sedar dengan kemusnahan alam sekitar dan menyokong kempen kesedaran menyelamatkan bumi.

9 comments:

  1. negara Malaysia mempunyai polisi sendiri bagi mengekalkan keseimbangan pembangunan dan pemusnahan hutan di negara ini.. penetapan kadar 50% muka bumi Malaysia dilitupi hutan perlu dikuatkuasan di semua negeri.. bermakna setiap negeri perlu mempunyai simpanan hutan sebanyak 50% atau lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya di Sabah memang masih mempunyai simpanan hutan lebih dari 50%.

      Delete
    2. Nilai murni kesedaran Hari Bumi harus diterapkan dari kecil lagi.

      Delete
  2. Pembangunan biarlah seiring dengan pemeliharaan alam sekitar.

    ReplyDelete
  3. Punca utama gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi dasar laut yang berpunca daripada gempa bumi dasar laut.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan negeri memang menitikberatkan penjagaan alam sekitar dan ini terbukti dengan banyaknya usaha 'hijau' yang dibuat oleh kerajaan dan NGO.

    ReplyDelete
  5. penjagaan alam sekitar harus kita terapkan dalam diri.

    ReplyDelete
  6. Kesedaran orang ramai mengenai Hari Bumi harus diaktifkan dengan ceramah2, kampen2 atau iklan2 di TV/radio.

    ReplyDelete
  7. Satu kesedaran yang perlu dititik beratkan kepada rakyat. Ini bagi memastikan penjagaan alam sekitar ini amat penting dalam kehidupan kita.

    ReplyDelete