Oleh : CHANG SHAK HUNG
PENGAGEHAN tangki air oleh
kerajaan Barisan Nasional, merupakan satu bantuan yang tepat pada masanya. Ini
telah terbukti pada Pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Abdul Razak mengumumkan bahawa kerajaan telah memperuntukan RM52 juta
untuk 20,000 buah tangki air kepada penduduk di pedalaman Sarawak.
Pemgumuman ini juga amat mengejutkan
kerana jika dianalisa, harga sebuah tangki air adalah RM2,600 sedangkan harga
pasaran hanya beberapa ratus ringgit sahaja termasuk kos pengangkutan!
Di dalam Bajet 2012,
kerajaan telah memperuntukan RM50 juta untuk Sabah, namun tidak didedahkan
berapa buah tangki yang disenaraikan. Apa yang menghairankan kita ialah
kerajaan telah meluluskan berbilion ringgit untuk menaiktaraf kemudahan
infrastruktur termasuklah jalanraya di kawasan pedalaman sejak beberapa tahun;
namun sehingga ke hari ini, kerajaan masih membelanjakan duit rakyat dengan kos
purata sebuah tangki air sebanyak RM2,600?
Selain itu juga, berita yang
mengejutkan adalah Federal Land Development Authority (FELDA) juga diberikan
RM400 juta untuk mengatasi krisis air dan masalah gangguan air di beberapa
kawasan di FELDA.
Penduduk Sandakan pula masih
dibuai mimpi untuk mendapatkan bekalan air yang sesempurna penduduk di
Semenanjung Malaysia. Ke mana perginya bantuan kewangan bagi memperbaiki sistem
paip untuk menyalurkan air yang bersih kepada penduduk Sandakan? Sehingga ke
hari ini, penduduk Sandakan terpaksa menanggung kesengsaraan yang langsung
tidak mendapat perhatian serius dari segi penyediaan kemudahan asas.
Setiap kali pilihanraya menjelang
tiba, banyak 'candies' yang diberikan kepada rakyat, namun adakah kita sebagai
pembayar cukai sanggup menerima pemberian ini cuma pada masa pilihanraya? Kita
hidup bukan hanya di masa pilihanraya sahaja tetapi sehingga ke anak cucu kita.
The government must reveal how much water tanks they have purchased with the RM50 million.
ReplyDeleteIts a good move from the government to supply water tanks to the people in order to resolve the water supply issues in the state, hopefully the allocations are used efficiently.
ReplyDeleteIf the cost of one tank is really that much, it wouldn't have help the people much.
DeleteHarga tangki harus juga berpatutan.
DeleteHope there will be a proper answer to this question.
ReplyDeleteperuntukan kena dibelanjakan dgn sebaiknya. wang tersebut adalah untuk rakyat.
ReplyDeleteMungkin yang lain tu menyimpang di mana2. Kena siasat perkara ni.
ReplyDeleteInilah yang menjejaskan nama kerajaan. Disebabkan tindakan sesetengah pihak di bawah kerajaan yang melakukan perkara seperti penyelewengan, isu ini terus diperbesarkan oleh pembangkang.
ReplyDeleteSebab tu pucuk pimpinan harus mengeluarkan calon yang mampu memikul amanah dan melaksanakan dengan penuh tanggungjawab
DeleteElakkan pembaziran dan kelebihan kos.
ReplyDeleteKerajaan harus bijak menguruskan wang rakyat.
ReplyDeletePemgumuman ini juga amat mengejutkan kerana jika dianalisa, harga sebuah tangki air adalah RM2,600 sedangkan harga pasaran hanya beberapa ratus ringgit sahaja termasuk kos pengangkutan!
ReplyDeletePenjelasan diperlukan supaya rakyat faham apa yang terjadi dengan kelebihan kos.
Dimanakah peruntukan untuk bekalan air bersih untuk rakyat? Masalah masih tiada prkembangan tetapi menggunakan lebih banyak kos untuk menyelesaikan masalah yang sama.
ReplyDeleteMahal juga sampai harga RM2,600 satu tangki saja. Mungkin perlu dilihat semula sebut harga tersebut.
ReplyDeleteSetiap rumah harus ada peruntukan tangki air untuk mengatasi masalah air.
Delete