PEMANTAU.....Ahli-ahli
kumpulan pemantau asing mengambil bahagian di dalam sebuah sidang akhbar di
Parlimen, 26 April 2012.
Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
PAKATAN RAKYAT (PR) telah
menjemput sepasukan pemerhati asing untuk memantau sistem pilihan raya di
negara ini dan dipercayai untuk mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN)
melaksanakan perubahan terhadap sistem berkenaan sebelum pilihan raya umum
ke-13.
“Kami telah dijemput oleh
ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk memantau beberapa isu
berkenaan pilihan raya dan mengemukakan laporan cadangan dan akan diserahkan
kepada parti politik, termasuk kerajaan dan juga pembangkang,” jelas ahli
jawatankuasa kumpulan bebas tersebut, Senator Nicholas Xenophon.
Walaupun telah dijemput oleh
pembangkang, Nicholas yang merupakan senator bebas dari Selatan Australia itu
menjelaskan, kumpulan tersebut tidak dibiayai mana-mana pihak, sebaliknya
datang ke Malaysia hanya sebagai “rakan demokrasi” Malaysia untuk memberikan
pandangan memperbaiki sistem pilihan raya sebagai sahabat.
“Ada beberapa isu berkenaan
pilihan raya yang akan diperhatikan. Kami bukan datang untuk mencampuri urusan
dalaman Malaysia, kami datang sebagai rakan demokrasi untuk memberikan cadangan
penambah baikan sistem pilihan raya di negara ini.
“Berdasarkan maklumat awal,
terdapat beberapa isu yang menjadi perhatian kami iaitu, tempoh berkempen untuk
pilihan raya, integriti daftar pemilih, satu undi satu nilai, dan akses media
menjelang pilihan raya,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya lagi, laporan interim
tersebut akan diserahkan kepada kerajaan dan pembangkang dalam tempoh dua
minggu dari sekarang, yang mana dakwanya bersifat neutral dan tidak berat
sebelah.
“Kami akan menemui
wakil-wakil daripada kerajaan dan pembangkang, termasuk masyarakat umum untuk
melengkapkan laporan tersebut, dan laporan itu akan dibentangkan kepada umum.
“Kami tidak datang untuk
mengkritik, tetapi lebih kepada rakan yang bersifat adil dan tidak berat
sebelah kerana kami mengambil pandangan daripada semua pihak,” tambahnya.
Antara panel lain pasukan
pemantau “pra-pilihan raya” itu adalah Naib Presiden Kanan Parti Nasional.
Pakistan, Senator Mir Hasil Khan Bizenjo, Presiden Persatuan Undang-Undang
Filipina, Dean Amado Valdez, dan Projek Koordinator Yayasan Kebebasan Freidrich
Naumann, Juliane Schmucker, termasuk Dr Clinton Fernandes dari Australia.
Antara ahli lain kumpulan
pemantau itu termasuk juga wartawan dari India, Mobashar Jawed Akbar, dan
Pengerusi Ikatan Ilmuan Indonesia Internasional Mohamad Nasir Tamara Tamimi.
Kumpulan itu juga
berkemungkinan akan turut memantau perhimpunan Bersih 3.0, “Duduk Bantah” yang
dijangka berlaku Sabtu ini di Dataran Merdeka. (TMI)
Its good to have some foreign spectators on our country's electoral system, this will improve the transparency and fairness.
ReplyDeleteHope that the Electoral Commission will do their best to ensure that the election this time round would be fair and clean.
ReplyDeleteSPR belum memutuskan samada membenar atau tidak warga asing terlibat sebagai pemerhati pada proses pilihanraya umum ke-13 nanti.Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata,pemerhati asing sememangnya gemar melihat perjalanan pilihanraya di Malaysia.Namun apa yang menyedihkan sesetengah pemimpin politik mengambil kesempatan memburukkan sistem pilihanraya di negara ini untuk kepentingan sendiri.
ReplyDeleteKeputusan membenarkan atau tidak pemerhati asing akan diputuskan sebelum tempoh rasmi berkempen. Sebelum ini SPR pernah membenarkan sebuah badan bukan kerajaan,Mafril menjadi pemerhati namun ditarik balik atas alasan melanggar syarat.Menurut Wan Ahmad,wakil calon yang berada di pusat pengundian sepanjang tempoh pembuangan undi sudah memadai untuk bertindak sebagai pemerhati.
ReplyDeleterasanya kita tak perlukan penglibatan orang asing dalam hal ehwal negara kita. PSC ditubuhkan untuk memastikan pilihanraya yang adil dan bersih.
ReplyDeleteAnwar cuma ingin menarik sokongan sebenarnya. Itulah sebab ingin melakukan kekecohan berlaku.
ReplyDeleteTu la pasal. Tu semua untuk kepentingan politik dia saja.
DeleteKuasa luar hanya lebih hura-harakan keadaan. Lebih baik tidak payah.
ReplyDeletejika cadangan ini boleh memuaskan hati pihak pembangkang dan juga penganjur2 Bersih, ada baiknya pihak SPR melaksanakan saja cadangan ini.. tapi pastikan, pemantau asing ini tidak memihak kepada mana2 pihak baik pembangkang mahupun parti pemerintah..
ReplyDelete