Monday, 30 April 2012

ULAT BESAR IBU JARI DALAM MATA





SEORANG lelaki Eropah mengalami sakit mata yang melampau. Mulanya dia menyangka sakit matanya itu hanyalah sakit mata biasa sahaja. Akan tetapi lama kelamaan, sakit matanya itu menjadi parah dan mulai membengkak.

Dia kemudiannya bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Apa yang memeranjatkan adalah, rupanya kesakitan yang dialaminya itu adalah disebabkan oleh seekor ulat yang sangat besar telah mendiami di bawah kelopak matanya.

Doktor telah berjaya mengeluarkan ulat tersebut dan kini mata lelaki itu telah pulih. Kalaulah ulat besar itu tidak dikeluarkan, sudah tentu matanya akan menjadi buta dan apa yang ngeri, makin banyaklah ulat yang akan bersarang di situ. Cuba lihat proses pembuangan ulat besar dari mata lelaki tersebut.

Bagaimanakah ulat sebesar ibu jari itu boleh menetap di bawah kelopak mata lelaki tersebut masih lagi menjadi tanda tanya? Mungkin pengurusan hidup yang tidak bersih membuatkan perkara yang aneh ini boleh berlaku?


No comments:

Post a Comment