Saturday, 28 April 2012

SABAH DIYAKINI MAMPU TINGKATKAN TARAF HIDUP





TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin usaha kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang menggalakkan pelaburan akan dapat membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar syarikat-syarikat dalam Kumpulan PNB dapat memainkan peranan yang lebih aktif dengan membuat pelaburan tambahan di Sabah, khususnya dalam sektor-sektor yang dikenalpasti oleh Program Transformasi Ekonomi seperti dalam sektor minyak dan gas, minyak sawit, pelancongan, pertanian serta sektor-sektor lain yang dipelopori oleh kerajaan negeri, terutama Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

"Di Sabah sahaja, ada beberapa Projek Permulaan (EPP) yang telah diumumkan seperti pembinaan Terminal Minyak dan Gas di Kimanis yang akan menghasilkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM6.3 bilion, Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) di Lahad Datu dan Sandakan dengan PNK RM8.6 bilion serta Pembangunan Pelancongan Pesisiran Pantai (Coastal Tourism Development) dengan PNK RM1.7 bilion pada 2020 nanti," katanya ketika menutup Minggu Saham Amanah Malaysia 2012 di sini.

Menurutnya, terdapat 31 EPP di Sabah yang dikenalpasti setakat ini dan dijangka akan menghasilkan PNK sebanyak RM33.5 bilion serta mencipta peluang pekerjaan sebanyak 143,770 menjelang 2020.

Dalam masa yang sama, beliau juga berkata 92 peratus daripada jumlah RM77.5 bilion pelaburan yang diperlukan untuk menjayakan projek itu dijangka datang daripada sektor swasta seperti PNB.

"Saya amat berharap semua pihak yang terlibat bersama-sama membantu kerajaan untuk mempergiatkan usaha menarik dan menggembleng dana bagi memanfaatkan pertumbuhan ekonomi negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya," katanya.

Muhyiddin juga berkata kerajaan berharap industri unit amanah dan pelaburan negara akan berkembang setara dengan tahap negara-negara maju tidak lama lagi.

Menurutnya, di negara maju seperti Amerika Syarikat, industri unit amanah mereka berjaya mencecah 40 hingga 50 peratus pasaran ekuiti negara berbanding sekitar 20 peratus di Malaysia. (Bernama)

19 comments:

  1. byk projek2 pembangunan dilaksankan di Sabah yang mana akan memacu kepada peningkatan ekonomi Sabah dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

    ReplyDelete
  2. With proper development plan with no corruption, Im sure Sabah can fly high.

    ReplyDelete
  3. Semoga peruntukan yang diberi untuk Sabah dapat digunakan untuk projek pembangunan ekonomi.

    ReplyDelete
  4. Pembangunan ekonomi menggalak lebih banyak peluang pekerjaan, tambahan pekerjaan menggalak kenaikan taraf hidup.

    ReplyDelete
  5. Di bawah pimpinan CM memang banyak perubahan diharap lebih maju la Sabah

    ReplyDelete
  6. Kerajaan Persekutuan harus serius dalam penubuhan RCI

    ReplyDelete
  7. Jika perlaksanaan yang serius dilakukan pasti akan mendapat kejayaan dalam hal ini.

    ReplyDelete
  8. kerajaan negeri dibawah pimpinan Musa Aman mensasarkan sabah sebagai negeri maju pada 2015.. hasrat itu tidak mustahil untuk dicapai berdasarkan reputasi kerajaan negeri sepanjang Musa Aman mengetuai kerajaan negeri ini..

    ReplyDelete
  9. Sabah’s per capita income in 2010 went up fromRM14,829 to RM17,242. And during the same period, the rate of unemployment also dropped from 5.6 per cent to 5.4 per cent.

    ReplyDelete
  10. Head of State Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin pointed out (during opening the first sitting of the State Legislative Assembly’s fifth session) that Sabah must shift from the low value commodity-based economy to one of high value and innovative that was knowledge- based.

    ReplyDelete
  11. Apart from that, Sabah had already spent 75.5 per cent of the state allocation and 74.9 per cent of federal allocation to undertake development projects last year.

    ReplyDelete
  12. The dependence on several major commodities alone would not strengthen the state’s economy. And, he also stressed the need for development of the industrial and service sectors. As a state that is rich with natural resources, Sabah has the edge to further develop these two sectors.

    ReplyDelete
  13. Commending the Chief Minister (Datuk Seri Musa Haji Aman) on his efforts to develop the oil and gas industry, the Governor also extended his appreciation to the Prime Minister (Datuk Seri Najib Tun Razak) for his support.

    ReplyDelete
  14. He was confident that with the commitment of the state government and the support and assistance of the federal government, the huge investment in the oil and gas sector would certainly boost Sabah’s economic growth. This will also help ensure the success of the Economic Transformation Programme (ETP) in the state.

    ReplyDelete
  15. Tun Juhar also said RM77.5 billion was needed to carry out 31 entry point projects (EPPs) in Sabah.The federal government would provide eight per cent of the amount to assist the private sector to kick off the projects.

    ReplyDelete
  16. A comprehensive implementation plan for each of EPP is ready and the private sector must seize the opportunity to invest in these EPP projects.

    ReplyDelete
  17. The EPPs would create 144,000 jobs by 2020. The federal government has allocated RM459.2 million to help start six high-impact projects worth RM5.15 billion.

    ReplyDelete
  18. The projects under the Sabah Development Corridor (SDC) had been implemented smoothly, with 98.4 per cent of the RM100.4 million allocation utilised last year.

    ReplyDelete
  19. Sabah’s financial standing was strong as a result of competent and efficient management as well as proactive steps undertaken by the state government.

    ReplyDelete