Oleh : NOORASVILLA MUHAMMA
ENAM sekeluarga hilang
tempat berteduh apabila rumah kayu mereka yang terletak di kawasan tepi bukit
di Jalan Cecily di Sandakan runtuh akibat hakisan tanah, pagi kelmarin.
Ketua Zon Jabatan Bomba dan
Penyelamat Sandakan, Alias Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan
lebih kurang jam 10.02 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.
Katanya, ketika empat
anggota bersama satu jentera tiba, keseluruhan rumah kayu yang terletak
berhampiran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Lok Yuk telah runtuh,
kecuali bahagian dapur.
Dipercayai hakisan tanah itu
berlaku ekoran hujan sejak beberapa hari lepas. Semua ahli keluarga termasuk
tiga dewasa dan tiga kanak-kanak terselamat kerana semua mereka berada di
halaman rumah ketika kejadian.
Kejadian tersebut turut
mendapat perhatian Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin yang
datang melawat selepas dimaklumkan.
Selain menyampaikan
sumbangan kepada keluarga tersebut, beliau turut berjanji akan membina sebuah
rumah baru untuk mereka. (theborneopost)
Mujur tiada yang terkorban.lepas ni penduduk jangan lagi membina rumah di tanah yang berkecenderungan untuk terhakis atau runtuh.
ReplyDeletemalang tidak berbau, nasib mangsa perlu dibela.
ReplyDeleteHarap rumah yang dijanjikan tu dapat siap secepat mungkin
ReplyDeleteLebih baik jangan buat rumah di tepi bukit
ReplyDeleteDatin Linda Tsen Thau Lin telah memberikan janji maka pastikan janji yang diberikan itu akan dikotakan kepada mangsa tanah runtuh ini secepat yang boleh.
ReplyDeletebaik dahulukan dulu pembinaan rumah baru untuk keluarga ini sebelum menghulurkan apa2 sumbangan lain..
ReplyDelete