By : YAP SIONG HAN
KETUA MENTERI, Datuk Seri
Panglima Musa Haji Aman menegaskan kepada semua ahli komponen Barisan Nasional
(BN) agar tidak sibuk dengan perkara pemilihan calon pilihan raya, sebaliknya
turun padang mendekati rakyat bagi memperjelaskan kepelbagaian sumbangan yang
telah dihulurkan untuk kesejahteraan rakyat Sabah.
Katanya, sesiapa sahaja
calon yang dipilih oleh puncuk kepimpinan BN hendaklah diberikan sokongan penuh
untuk memastikan kemenangan mutlak dalam pilihan raya ke-13 nanti.
Menurutnya, perkara penting
yang perlu dilihat adalah menyelesaikan segala masalah jika wujud di setiap
bahagian.
“Jika terdapat masalah,
kenalah selesaikan segera…jika masih tidak dapat selesaikan, Umno sentiasa
sedia membantu dalam usaha damai ini.
“Kita kenalah memperbaiki
hubungan di antara parti komponen, jangan sesekali ada pepecahan dalam kalangan
bahagian-bahagian BN bagi memastikan kemenangan besar BN dalam pilihan raya
nanti,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Gerak Kerja BN Sabah di
sini kelmarin.
Katanya, pilihan raya akan
datang sudah pastinya adalah yang tersengit berbanding sebelumnya. Kerajaan
juga sedar bahawa salah satu cabaran besar adalah pengundi muda di Malaysia.
Musa berkata, jentera media
siber BN haruslah bersedia menggunakan pelbagai saluran seperti twitter,
facebook, serta lain-lain bagi menghalang pengundi muda daripada terpengaruh
dengan fitnah yang dilontarkan kepada kerajaan.
“Kebanyakan pemimpin
pembangkang adalah berasal daripada pemimpin kerajaan pada satu masa
dahulu…ketika dalam kerajaan mereka juga tidak mempunyai apa-apa sumbangan
kepada rakyat.
“Kini mereka menjadi
pembangkang dan menjanjikan banyak perkara yang tidak mungkin dapat
dilaksanakan oleh mereka. Janji itu merupakan satu pembohongan kepada rakyat
Malaysia khususnya golongan muda,” katanya.
Musa menegaskan kepada semua
pimimpin dan ahli BN di Sabah agar turun padang berjumpa dengan Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk meninjau masalah dan menjelaskan
kepelbagaian projek yang sudah dan sedang dijalankan bagi kesejahteraan
generasi akan datang.
Selain itu katanya, kerajaan
mempunyai bukti, fakta nyata mengenai pembohongan yang dijanjikan oleh
pembangkang.
“Saya ingatkan kepada semua
pemimpin serta ahli dalam komponen BN agar tidak lalai dan leka serta berpuas
hati dengan kedudukan yang ada sekarang.
“Kita harus pastikan bendera
BN dikibarkan di merata tempat seterusnya mencetuskan semangat tinggi dalam
kalangan calon, seterusnya membuktikan BN Sabah menang dan berada dalam keadaan
yang kukuh,” katanya.
Tambahnya, tujuh siri
perjumpaan dengan masyarakat yang bermula daripada zon Kudat menerima sambutan
penuh daripada masyarakat di sana. (theborneopost)
Pemimpin kena aktif turun padang tanpa mengira waktu bukan hanya dekat2 PRU saja.
ReplyDeletepara pemimpin harus sentiasa turun padang, turun padang pun biarkan ia memberi manfaat kepada rakyat. masalah rakyat yang dikenal pasti harus diselesaikan. laksanakan tanggungjawb dgn setelusnya.
ReplyDeleteI agree with you, they should take action.
DeleteSetuju, turn padang dan memahami keadaan sebenar yang rakyat alami.
DeleteHope everyone will wait patiently for the election and do not have to worry about who is the representative all about.
ReplyDeleteJangan mementingkan diri dan mengabaikan keperluan rakyat. WR dipilih untuk berkhidmat dan memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.
ReplyDeletePerjuangan BN adalah perjuangan parti bukan individu. Jadi semua ahli harus bekerjasama untuk menang PRU13
ReplyDeleteJangan juga perasan jadi calon boleh menang sebab kemenangan di tangan rakyat
ReplyDeletePemilihan calon biar pihak atasan yang melakukan. Utamakan usaha yang baik dan tunaikan tanggungjawab kepada rakyat jika inginkan sokongan daripada rakyat.
ReplyDeletejangan pula yang pihak yang merajuk kerana tidak tercalon kemudian melancarkan sabotaj dari dalam..
ReplyDeleteSabah Umno will leave it to the discretion of party leadership to decide on the candidates for the 13th general election, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.
ReplyDeleteNames has been submitted; it will be up to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who is Barisan Nasional chairman to decide .
ReplyDeleteMeanwhile, Musa called on all agencies in the state to discard any tendency to procrastinate so as not to jeopardise the state’s excellent financial management as highlighted in the 2010 Auditor-General’s Report.
ReplyDeleteThe state government’s excellent achievement in numerous aspects should bring about positive impact, not only to showcase the state’s administrative competence but also bring immense benefit to the people.
ReplyDeleteHe said despite the favourable audit report, several agencies, particularly those issued with reprimands, need to overcome their weaknesses.
ReplyDeleteMusa also called for a people-oriented approach in all services provided by agencies and departments.
ReplyDeleteApplications for government services should be processed at once, he said, adding that the RM4 billion state budget this year was a reflection of the state government’s ability to manage its finance.
ReplyDeleteMeanwhile, Musa called on all agencies in the state to discard any tendency to procrastinate so as not to jeopardise the state’s excellent financial management as highlighted in the 2010 Auditor-General’s Report.
ReplyDeleteHe said procrastination would push up costs, cause wastage and result in the people or target group not getting any benefit.
ReplyDeleteThe state government’s excellent achievement in numerous aspects should bring about positive impact, not only to showcase the state’s administrative competence but also bring immense benefit to the people.
ReplyDeleteMusa also called on state departments and agencies to strive to maintain the state’s achievements.
ReplyDeleteMusa also called for a people-oriented approach in all services provided by agencies and departments.
ReplyDelete