PECAT
…..Meikli mahu ADUN Kuamut memecat Ismail sebagai Pemaju Mukim kerana derhaka
kepada pemimpin.
OLEH : SHAIMON S JUMADI
TINDAKAN Ismail Zainal
membawa rombongan yang terdiri ahli-ahli UPKO Bahagian Kinabatangan dan
bertindak sebagai jurucakap kepada Norfaizah Chua untuk melobi sebagai calun
UPKO di Kuamut pada PRU 13 nanti disifatkan sebagai derhaka kepada pucuk pimpinan
Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan, yang juga ADUN Kuamut Masiung Banah.
Ada beberapa kategori Ismail
boleh dikenakan tindakan disiplin selain dipecat keahliannya dari daripada UPKO
Kinabatangan sebagai AJK Bahagian dan kedudukannya sebagai Pemaju Mukim Kuamut.
Perbuatan Ismail melobi
Norfaidah Chua, konon-kononya mahu mengambil alih kedudukan Masiung di Kuamut
sudah terlambat kerana Masiung juga telah dikekalkan sebagai calon pada PRU 13
nanti di kawasan yang sama.
“Apa tujuan sebenar Ismail
membawa Norfaidah Chua untuk melobi calon UPKO sedangkan Ismail tahu Norfaizah
bukan tinggal di Kuamut atau di Tongod. Dia tinggal di Kunak. Apa motif sebenar
Ismail yang telah dilantik oleh Masiung sebagai Pemaju Mukim mendapat imbuhan dan
gaji yang lumayan?
“Inilah dikatakan kacang
lupakan kulit. Tidak mengenang budi dan jasa orang yang memberi kesenangan. Apa
yang Ismail tidak puas hati dengan kepimpinan Masiung Bana sebagai Wakil Rakyat
di Kuamut?” tanya Setiausaha Kerja UPKO Bahagian Kinabatangan, Meikli Meikal
(Gambar kiri) ketika diminta mengulas satu kenyataan yang tersiar di akhbar New
Sabah Times pada 25 April 2012 bertajuk 'Penduduk DUN Kuamut Cadang Norfaizah
dicalonkan pada PRU 13'.
Sebagai orang kanan ADUN
Kuamut, saya minta Masiung memecat Ismail daripada jawatannya sekarang sebagai Pemaju
Mukim kerana gunting dalam lipatan atau duri dalam daging parti UPKO
Kinabatangan.
"Ismail wajar disingkir
dan tidak boleh berada terlalu lama di dalam pentadbiran UPKR dan Bahagian UPKO.
Orang sebegini lebih berbahaya daripada musuh luar kerana ia akan membunuh
tuannya sendiri,” tegas Meikli.
Lagipun jelas Meikli,
Norfaizah bukanlah seorang ahli UPKO bagaimana tiba-tiba mengaku dirinya ahli
UPKO bila dia (Norfaiza) jadi ahli UPKO lantaran terus mahu dicadangkan untuk
jadi calon UPKO/BN di Kuamut. Berapa Norfaizah bayar Ismail yang membawa
rombongan dan sebagai jurucakap di Ibu Pejabat New Sabah Times?
Jika selama perkhidmatannya
selama dua tahun sebagai Pemaju Mukim, Ismail tidak puas hati dari segi gaji atau
kepimpinan Masiung, kenapa Ismail tidak mahu bersemuka dan berbincang secara
jujur dari hati ke hati.
Kata Meikli lagi, Presiden
UPKO Tan Sri Dompok bukannya terlalu jahil sehingga sanggup menerima
bulat-bulat Norfaizah sebagai calon BN/UPKO.
"Apa jasa Norfaizah kepada
UPKO dan rakyat Kuamut dan kenapa secara tiba-tiba berhasrat mahu menjadi calon?
Siapa kenal dia? Tindakan bodoh Ismail ini telah meletakkan keluarganya dalam
risiko kehilangan pendapatan, " kata Meikil.
membuat kenyataan terbuka seperti ini juga boleh disifatkan sebagai membunuh tuan.. kenapa tidak ajak saja Ismail duduk berbincang? kan elok tu bincang secara tertutup..
ReplyDeletebetul tu...kenyataan terbuka mengenai masalah dalaman parti hanya akan memburukkan parti itu sahaja..
DeleteMeikli tidak perlulah mensensasikan isu ini lebih2 lagi Masiung masih kekal sebagai calon di kawasan yang sama..
ReplyDeleteperbincangan secara tertutup adalah perlu bagi melindungi imej parti daripada tercalar..
ReplyDeleteAda masalah, bawa ke meja rundingan.
ReplyDeleteSetiap ahli kena bersikap matang dan tidak bertindak ikut emosi. Ini akan menjejaskan nama baik parti.
ReplyDeleteSepatutnya masalah2 macam ni tidak menjadikan media sebagai medium untuk selesaikan masalah. Tindakan ni hanya bagi poin pada pembangkang untuk mengeruhkan lagi keadaan.
ReplyDeletesetiap masalah yang timbul kena diselesaikan dgn cara baik.
ReplyDeleteSesama ahli pun mau juga menjatuhkan satu sama lain. inilah yang merosakkan perpaduan dan perjuangan parti ni.
ReplyDeletethe struggle in BN is a party struggle and not an individual one, especially in ensuring the coalition wins all State and parliamentary seats, including wresting all seats that were lost to opposition candidates
DeleteCM optimistic that Sabah BN is capable of winning all seats in the State in the coming election
ReplyDeleteSebaiknya kita bersatu untuk memastikan yang terbaik untuk parti sendiri.
ReplyDelete