Friday 27 April 2012

JPJ TIDUR ATAU SEMUA SUDAH DIATUR?



BAHAYA… Lori SS5500C membawa lebih muatan wajar kenakan kompaun kerana membahayakan nyawa pengguna lain.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

EKORAN kurangnya pengawalan dan pemantauan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk Polis Trafik di jalan sepanjang Lebuhraya Sandakan yang bermula dari Batu 16 sehingga ke Batu 32, menyebabkan beberapa pemandu lori-lori yang mengangkut buat sawit dari ladang-ladang berhampiran menuju ke kilang-kilang langsung tidak menghiraukan tentang keselamatan pengguna lain.

Wartawan sempat merakam tindakan wewenang sebuah lori bernombor SS5500 C yang didapati membawa muatan buah kelapa sawit secara berlebihan sehingga membahayakan nyawa pengguna jalanraya berkenaan.

Ramai pengguna jalanraya menghubungi Sabahkini.Net mencadangkan agar JPJ  mengambil tindakan tegas terhadap pemilik atau pemandu lori berkenaan kerana membawa muatan lebih pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari 26 April 2012 di Batu 17, Jalan Sandakan.

Mereka turut mencadangkan agar Jambatimbang JPJ di Batu 32 beroperasi 24 jam kerana kegiatan haram 'lori hantu' dan membawa muatan berlebihan ini berlaku sepanjang masa.

Kata mereka, "JPJ tidur atau semua sudah diatur?"

11 comments:

  1. Bagus buat macam Facebook 'KK Kopi-o-Lesen'. Upload gambar kenderaan yang menyalahi undang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan ada tindakan yag diambil terhadap mereka yang menyalahi undang2 tu nanti.

      Delete
  2. JPJ kena bertindak proaktif. Bukan bila ada masalah baru mahu bertindak. Pemandu lori ini memang tidak bertanggungjawab. Tindakan ini boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siasat juga majikan pemandu lori ni.

      Delete
  3. lebih muatan tu, ini membahayakan pemandu lain. harus ambil tindakan terhadap lori tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keselamatan pengguna lain raya lain pun perlu diambil kira. JPJ dan polis trafik patut lebih peka.

      Delete
  4. Majikan juga harus dikenakan tindakan bukan driver saja.

    ReplyDelete
  5. Kita tidak boleh juga salahkan JPJ, mungkin kebetulan mereka tidak ada yang menyalahi undang-undang ketika JPJ membuat operasi.

    ReplyDelete
  6. patut la jalanraya di Sabah selalu rosak.. bukan kerajaan yang tidak perihatin, sebaliknya ada syarikat2 yang terlalu gairah mengaut keuntungan sehingga mengabaikan peraturan2 yang ditetapkan JPJ..

    ReplyDelete
  7. lori membawa muatan berlebihan ini sering dilihat di sandakan, lahad datu dan tawau.. jika JPJ mahu menyelesaikan masalah ini, terpaksalah mereka membuat sekatan jalanraya di semua daerah selama 24 sehari tanpa henti.. cukup ka tenaga mereka??

    ReplyDelete
  8. paling bagus, orang awam atau wartawan buat saja laporan polis terhadap mana2 syarikat pengangkutan atau perladangan yang gagal mematuhi peraturan jalanraya..

    ReplyDelete