TIMBALAN Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan membangkitkan isu Dasar Kabotaj di
Sabah pada mesyuarat Kabinet akan datang.
Menurutnya beliau hanya
boleh mencadangkan supaya jawatankuasa khas Kabinet dibentuk dan akan
mendapatkan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya berharap Perdana
Menteri akan menyokong cadangan saya supaya kami dapat mengkaji isu itu secara
menyeluruh.
"Jika jawatankuasa khas
Kabinet dibentuk, yang saya mungkin mempengerusinya, kami akan mendapatkan
kementerian dan agensi berkaitan untuk menganggotainya bagi membincangkan
peraturan, undang-undang serta kos yang mungkin terlibat," katanya pada
jamuan malam Dewan Perniagaan Sabah di sini Jumaat malam.
Muhyiddin mengulas perkara
itu yang dibangkitkan oleh Presiden Federasi Pengilang Sabah Datuk Wong Khen
Thau pada jamuan itu.
Dasar Kabotaj yang
diperkenalkan lebih 30 tahun lepas, dipersalahkan oleh sektor industri dan
komersil ke atas kos tinggi barangan di negeri itu walaupun ia sebahagiannya telah
diliberalisasi oleh Kerajaan Pusat pada 2009.
Sebagai respons kepada
cadangan Wong supaya menjadikan Sabah sebagai hab logistik serantau, Muhyiddin
berkata Sabah sudah bersedia untuk memulakan misi itu memandangkan negeri
berkenaan sudah mempunyai infrastruktur untuk merealisasikannya.
Beliau bagaimanapun berkata
kerajaan pusat dan kerajaan negeri memerlukan masa untuk bekerja bersama-sama
dan mengkaji keperluan dalam membangunkan Sabah sebagai hab logistik.
Sementara itu, Muhyiddin
meminta Wong menyediakan kertas kerja mengenai penubuhan majlis logistik bagi
menangani isu-isu yang dihadapi oleh industri berkenaan.
Beliau berkata antara isu
yang dibangkitkan ialah dakwaan kartel terlibat dalam penetapan harga caj
perkapalan.
Menurutnya jika dakwaan itu
didapati benar, suruhanjaya persaingan boleh dipanggil untuk menyiasat.
Dalam perkembangan lain,
Muhyiddin berkata tidak ada sebab mengapa penduduk tempatan tidak diberikan
peluang saksama untuk menyertai industri minyak dan gas di negeri itu.
"Jika ada syarikat
Sabah yang berkeupayaan dalam mengurus industri ini, mereka wajar diberikan
peluang. Mereka mungkin mempunyai sumber dan tenaga kerja, teknologi dan
kemahiran untuk mengurus perniagaan dan diharapkan dapat mewujudkan peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan," katanya.
Sebelum itu, Ketua Menteri
Sabah Datuk Seri Musa Aman menyuarakan kebimbangan bahawa penduduk tempatan
tidak dapat menikmati impak positif projek mega seperti industri minyak dan gas
di kawasan masng-masing jika peluang itu diberikan kepada syarikat dari luar
Sabah.
Beliau berkata banyak
syarikat tempatan di Sabah memiliki kemahiran dan keupayaan untuk menyahut
cabaran itu.
Dalam perkembangan lain,
Musa juga mengumumkan Kabinet negeri meluluskan pelaburan RM2 bilion oleh sebuah
syarikat Amerika Syarikat dalam pembangunan udang karang dan ladang rumpai laut
di Sabah. (Bernama)
Hope that those points in the Cabotage system which are no longer relevant will be reviewed and eliminated.
ReplyDeleteGovt was fully aware of complaints that the policy was stifling the State economic growth, particularly in the manufacturing sector. Govt want every part of the country to grow economically and that is why the ministry need to look into these issues.
DeleteIf only foreign ships are allowed to dock directly in Sabah and Sarawak without having to pass through Port Klang, it would make things much easier and reduce the cost of shipping to East Malaysia.
ReplyDeletethe government had wanted a win-win situation for all stakeholders, particularly the people in Sabah
DeleteDasar kabotaj memang perlu dikaji semula bagi memastikan kerelevannya dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.
ReplyDeleteSaya setuju kalau isu ini dibawa ke kabinet. Ini kerana kita inginkan keadilan untuk Sabah dan Sarawak mengenai kabotaj polisi ini. Perbezaan berpunca daripada semua ini. Maka kerajaan perlulah adil dan bijak mencari penyelesaian yang terbaik.
ReplyDeleteselepas dasar kabotaj dimansuhkan, tidak mustahil harga barang di Sabah masih kekal tinggi berbanding dengan harga barang di semenanjung.. masih ada faktor2 lain yang menyumbang kepada kenaikan kos ini selain kabotaj..
ReplyDelete