Sunday, 29 April 2012

BR1M MUNGKIN KEMBALI LAGI






PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pendapatan negara telah meningkat sebanyak RM26 bilion dari tahun 2010 ke 2011. Beliau berkata puncanya daripada 'pentadbiran efisyen' dan 'keuntungan besar yang diperolehi syariat-syarikat'.

Bernama melaporkan Perdana Menteri berkata peningkatan sebesar itu tidak berlaku sebelum ini, dengan pelaburan luar negara dan domestik berjumlah sebanyak RM120 bilion dan lebih 300,000 pekerjaan diwujudkan.

Pendapatan yang lebih itu, Naib berkata, digunakan untuk menaja skim seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia), Voucher Buku 1 Malaysia (BB1M) dan bantuan RM100 untuk pelajar sekolah. Pendapatan inilah, dan bukan pinjaman dari negara luar seperti diungkit pihak pembangkang, yang membiayai skim-skim itu.

Beliau dipetik berkata, “Mereka tak dapat tunjuk bukti. Sebab yang sebenarnya kita tidak pinjam duit dari luar. Kita gunakan kekuatan dalaman ekonomi kita untuk memberi kepada rakyat.”

Diajukan soalan tentang kembalinya skim BR1M pada masa hadapan, Najib tidak menolak kemungkinannya tetapi akan bergantung kepada wujudnya dana yang cukup.

Dipetik The Star, Najib berkata,”Jika pembangkang boleh buat Bersih 1,2 dan 2, kami boleh buat BR1M, 2 dan 3, yang lebih bermanfaat kepada rakyat jikalau kami mampu.”

6 comments:

  1. Kalau pendapatan negara terus meningkat dan ekonomi negara stabil, pasti BR1M ni akan terus dinikmati rakyat pada tahun2 yang berikutnya.

    ReplyDelete
  2. amat diharapkan BR1M akan berterusan. BR1M byk membantu rakyat kurangkan beban.

    ReplyDelete
  3. Kalau ekonomi negara ke arah positif tidak mustahil BR1M akan diberi lagi kepada rakyat yang layak

    ReplyDelete
  4. Mungkin kalau ada lagi BR1M harus dipastikan mereka yang layak saja menerima BR1M

    ReplyDelete
  5. Semoga BR1M ini akan dapat diberikan setiap tahun untuk meringankan beban penduduk yang amat memerlukannya.

    ReplyDelete
  6. syabas kepada pentadbiran Najib.. inilah yang pembangkang risau sebenarnya..

    ReplyDelete