Monday 30 April 2012

TUGU USANG UNTUK SIAPA?





Saudara Pengarang,

ENTAH untuk tujuan apa dan siapa yang membuat keputusan mengekalkan Bangunan Rumah Guru SK Pekan I Lahad Datu yang bagaikan Tugu Usang telah dikosongkan sejak beberapa tahun yang lalu kerana disahkan tidak selamat untuk didiami kerana belum dirobohkan sehingga ke hari ini.

Mewakili Persatuan PIBG SK Lahad Datu, kami merasa amat kecewa kerana walaupun surat dan aduan rasmi telah disampaikan kepada pihak berwajib, namun tiada tindak diambil untuk merobohkan bangunan ini.

Bangunan ini sudah tidak selamat dan amat berbahaya terutama kepada para pelajar, guru dan individu yang mungkin akan menjadi mangsa jika secara tiba-tiba bangunan ini runtuh.

Kami harap agar Kementerian Pelajaran dapat merobohkan bangunan ini dan bekas tapaknya boleh dibina rumah guru atau bangunan kelas bagi mengatasi masalah keruncingan penginapan dan bilik darjah.

Salam Hormat,

BAPA KECEWA

No comments:

Post a Comment