Monday 30 April 2012

SETIAKAWAN SENJATA GERAK GEMPUR BN






Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

AHLI-AHLI Parti Komponen Barisan Nasional (BN) sama ada UMNO, PBS, LDP, MCA, PBRS, UPKO dan MIC di Sandakan harus sentiasa menanamkan semangat kerjasama yang erat antara satu sama lain ini untuk menjamin keutuhan perjuangan parti Barisan Nasional (BN); terutama sekali bagi menghadapi musuh-musuh politik menjelangnya pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) nanti.

Dengan adanya kerjasama yang erat antara parti-parti komponen seperti yang disebutkan itu, ia bukan saja melahirkan semangat setia kawan yang sejati, bahkan menambahkuatkan perjuangan parti BN menengtang habis-habisan pihak lawan yang sentiasa menabur pelbagai tomahan, fitnah mengaibkan orang dengan tujuan untuk memesongkan buah fikiran rakyat.

Presiden Parti LDP, Datuk Liew Vui Keong berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Bilik Operari Gerakan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU-13)  di pejabat LDP Bahagian Karamunting.

“Saya sangat setuju apa yang diperkatakan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya agar jangan pertikaikan dan persoalkan siapa calon BN nanti; yang penting BN wajib menang” ujar Liew.

Katanya, tujuan LDP Bahagian Karamunting membuka Bilik Gerakan tersebut merupakan satu persiapan jentera pilihanraya umum yang sudah semakin dekat.

Kata VK Liew lagi, parti LDP sejak kebelakangan ini semakin diterima oleh masyarakat Cina di Sabah kerana LDP juga merupakan satu-satunya parti  tempatan di negeri ini yang majoritinya kaum Cina yang fungsi perjuangannya membela nasib kaum Cina dan juga kaum-kaum lain di Sabah.

Katanya, LDP yang diberi mandat sepenuhnya oleh masyarakat Cina akan terus bergerak maju ke hadapan dalam meningkatkan perjuangan LDP, terutama sekali untuk mempertahankan kerusi -kerusi LDP di satu-satu kawasan agar tidak jatuh ke tangan pembangkang.

"Memang tidak dapat dinafikan, parti-parti pembangkang sentiasa meracuni fikiran rakyat, terutama sekali masyarakat Cina bahawa kononnya sejak BN memerintah kaum Cina terus terpinggir daripada menikmati apa juga kemudahan asas serta mengabaikan kebajikan mereka. Ini adalah satu pembohongan besar,” tegas Liew.

Kata VK Liew lagi, pembangakang memang bijak memutarbelitkan fakta sebenar kerana itulah kerja sebenar mereka iaitu menghasut, memfitnah, berbohong dan sebagainya, namun rakyat tidak harus dibuai mimpi dan janji indah pembangkang.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Datuk Hj Samsudin; Ahli Parlimen Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin; ADUN Merotai (LDP) dan ADUN Tanjung Kapur Kudat (LDP)

No comments:

Post a Comment