Friday 27 April 2012

7 DARIPADA 8 TUNTUTAN BERSIH DALAM PSC






TUJUH daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) telah dimasukkan dalam 22 syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihanraya yang dibentangkan di Parlimen awal bulan ini.

Anggota Jawatankuasa PSC, P.Kamalanathan berkata hanya satu daripada tuntutan Bersih iaitu mengenai tambahan hari pada tempoh berkempen tidak dimasukkan dalam syor itu kerana ia tidak sesuai untuk dilaksanakan di Sabah dan Sarawak yang terdapat banyak kawasan pedalaman.

"Jika tempoh berkempen dilanjutkan kepada minimum 21 hari seperti yang dituntut Bersih, ia akan banyak memberi kesan terutama kepada Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun cadangan itu masih dipertimbangkan di mana tempoh sekarang telah dipanjangkan daripada tujuh kepada 10 hari," katanya pada sesi santai "Teh Tarik Bersama YB" yang membincangkan isu berkenaan penambahbaikan sistem pilihanraya di sini malam Khamis.

Kamalanathan yang juga Anggota Parlimen Hulu Selangor menjelaskan syor-syor PSC jelas menunjukkan kerajaan sentiasa terbuka untuk mengadakan perubahan dan penambahbaikan dalam pelbagai aspek selari dengan suara dan kehendak rakyat. (Bernama)

9 comments:

  1. Kenapa mahu kempen sampai 21 hari? Jika mahu dipanjangkan pun setakat 10 ke 14 hari saja.

    ReplyDelete
  2. Diharap Bersih menyampaikan maklumat yang betul kepada rakyat dan bukannya mengelirukan lagi rakyat dengan menyematkan rasa benci kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Susah betul puaskan hati pembangkang ni.kira baguslah 7 daripada 8 tuntutan tu sudah dipenuhi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun belum puas hati lagi. Bersih 3.0 tu cuma alat untuk politik saja

      Delete
  4. byk tuntutan bersih dah dimasukkan dalam PSC, tapi ia perhimpunan tetap jg diadakan, tgk apa hasilnya? kekecohan berlaku, byk kerosakan harta benda dan kecederaan berlaku.

    ReplyDelete
  5. PSC berusaha menambahbaikan sistem PRU sepatutnya Bersih tidak perlu dilaksanakan lagi,

    ReplyDelete
  6. Sekurangnya ada juga yang telah dilaksanakan oleh PSC. PSC lebih tahu kerana mereka membuat kajian lebih mendalam dan bukannya seperti perjuangan BERSIH yang hanya ikut fikiran logik semata-mata tanpa ada kajian terperinci.

    ReplyDelete
  7. sejak bila 7 daripada 8 tuntutan Bersih itu dimasukkan dalam 22 syor PSC?? kenapa tidak jelasakan kepada penganjur Bersih lebih awal sebelum mereka merancang perhimpunan besar2an??

    ReplyDelete
  8. atau penganjur Bersih tahu tuntutan mereka telah di masukkan dalam 22 syor PSC tapi disebabkan dana asing sudah masuk ke poket Ambiga, maka terpaksa la perhimpunan Bersih dilancarkan??

    ReplyDelete