Saturday 28 April 2012

ANWAR JEMPUT PEMANTAU ASING





PEMANTAU.....Ahli-ahli kumpulan pemantau asing mengambil bahagian di dalam sebuah sidang akhbar di Parlimen, 26 April 2012.

Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

PAKATAN RAKYAT (PR) telah menjemput sepasukan pemerhati asing untuk memantau sistem pilihan raya di negara ini dan dipercayai untuk mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan perubahan terhadap sistem berkenaan sebelum pilihan raya umum ke-13.

“Kami telah dijemput oleh ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk memantau beberapa isu berkenaan pilihan raya dan mengemukakan laporan cadangan dan akan diserahkan kepada parti politik, termasuk kerajaan dan juga pembangkang,” jelas ahli jawatankuasa kumpulan bebas tersebut, Senator Nicholas Xenophon.

Walaupun telah dijemput oleh pembangkang, Nicholas yang merupakan senator bebas dari Selatan Australia itu menjelaskan, kumpulan tersebut tidak dibiayai mana-mana pihak, sebaliknya datang ke Malaysia hanya sebagai “rakan demokrasi” Malaysia untuk memberikan pandangan memperbaiki sistem pilihan raya sebagai sahabat.

“Ada beberapa isu berkenaan pilihan raya yang akan diperhatikan. Kami bukan datang untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia, kami datang sebagai rakan demokrasi untuk memberikan cadangan penambah baikan sistem pilihan raya di negara ini.

“Berdasarkan maklumat awal, terdapat beberapa isu yang menjadi perhatian kami iaitu, tempoh berkempen untuk pilihan raya, integriti daftar pemilih, satu undi satu nilai, dan akses media menjelang pilihan raya,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya lagi, laporan interim tersebut akan diserahkan kepada kerajaan dan pembangkang dalam tempoh dua minggu dari sekarang, yang mana dakwanya bersifat neutral dan tidak berat sebelah.

“Kami akan menemui wakil-wakil daripada kerajaan dan pembangkang, termasuk masyarakat umum untuk melengkapkan laporan tersebut, dan laporan itu akan dibentangkan kepada umum.

“Kami tidak datang untuk mengkritik, tetapi lebih kepada rakan yang bersifat adil dan tidak berat sebelah kerana kami mengambil pandangan daripada semua pihak,” tambahnya.

Antara panel lain pasukan pemantau “pra-pilihan raya” itu adalah Naib Presiden Kanan Parti Nasional. Pakistan, Senator Mir Hasil Khan Bizenjo, Presiden Persatuan Undang-Undang Filipina, Dean Amado Valdez, dan Projek Koordinator Yayasan Kebebasan Freidrich Naumann, Juliane Schmucker, termasuk Dr Clinton Fernandes dari Australia.

Antara ahli lain kumpulan pemantau itu termasuk juga wartawan dari India, Mobashar Jawed Akbar, dan Pengerusi Ikatan Ilmuan Indonesia Internasional Mohamad Nasir Tamara Tamimi.

Kumpulan itu juga berkemungkinan akan turut memantau perhimpunan Bersih 3.0, “Duduk Bantah” yang dijangka berlaku Sabtu ini di Dataran Merdeka. (TMI)

9 comments:

  1. Its good to have some foreign spectators on our country's electoral system, this will improve the transparency and fairness.

    ReplyDelete
  2. Hope that the Electoral Commission will do their best to ensure that the election this time round would be fair and clean.

    ReplyDelete
  3. SPR belum memutuskan samada membenar atau tidak warga asing terlibat sebagai pemerhati pada proses pilihanraya umum ke-13 nanti.Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata,pemerhati asing sememangnya gemar melihat perjalanan pilihanraya di Malaysia.Namun apa yang menyedihkan sesetengah pemimpin politik mengambil kesempatan memburukkan sistem pilihanraya di negara ini untuk kepentingan sendiri.

    ReplyDelete
  4. Keputusan membenarkan atau tidak pemerhati asing akan diputuskan sebelum tempoh rasmi berkempen. Sebelum ini SPR pernah membenarkan sebuah badan bukan kerajaan,Mafril menjadi pemerhati namun ditarik balik atas alasan melanggar syarat.Menurut Wan Ahmad,wakil calon yang berada di pusat pengundian sepanjang tempoh pembuangan undi sudah memadai untuk bertindak sebagai pemerhati.

    ReplyDelete
  5. rasanya kita tak perlukan penglibatan orang asing dalam hal ehwal negara kita. PSC ditubuhkan untuk memastikan pilihanraya yang adil dan bersih.

    ReplyDelete
  6. Anwar cuma ingin menarik sokongan sebenarnya. Itulah sebab ingin melakukan kekecohan berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Tu semua untuk kepentingan politik dia saja.

      Delete
  7. Kuasa luar hanya lebih hura-harakan keadaan. Lebih baik tidak payah.

    ReplyDelete
  8. jika cadangan ini boleh memuaskan hati pihak pembangkang dan juga penganjur2 Bersih, ada baiknya pihak SPR melaksanakan saja cadangan ini.. tapi pastikan, pemantau asing ini tidak memihak kepada mana2 pihak baik pembangkang mahupun parti pemerintah..

    ReplyDelete