Thursday 26 April 2012

BERSIH 3.0, PENENTU TRANSFORMASI POLITIK



Oleh : LIM KIT SIANG

PERHIMPUNAN aman Bersih 3.0 'Duduk Bantah' pada 28 April di Dataran Merdeka yang menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil merupakan ujian penentu bagi 'Transformasi Politik' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara dengan 'sistem demokrasi terbaik di dunia'.

Dalam tempoh tujuh bulan ini, kerajaan Najib sedang cuba untuk memperbetulkan kerosakan disebabkan oleh pengendalian yang tidak cekap oleh kerajaannya dalam kes perhimpunan aman 709 Bersih 2.0 yang menuntut pilihanraya yang bebas dan adil yang jelas mempamerkan keangkuhan, penindasan dan kawalan ketat seperti pengharaman kerajaan terhadap Bersih, penahanan ahli PSM di bawah Ordinan Darurat (Emergency Ordinance) yang tiada justifikasi, penahanan sembarangan orang yang memakai baju-T Bersih 2.0 atau yang memakai pakaian yang berwarna kuning.

Dalam ucapan Hari Malaysia pada 16 September tahun lepas, Najib telah berjanji untuk suatu 'Transformasi Politik' dengan pembaharuan dalam undang-undang drakonian dan yang tidak demokratik seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta pembatalan 4 Proklamasi Darurat.

Pada masa itu, saya telah bertanya secara spesifik: “Adakah penggantian bagi pembatalan undang-undang yang menindas akan mengakibatkan kelahiran semula wajah drakonian dalam format baru, contohnya pemansuhan ISA tetapi enakmen undang-undang baru yang boleh diperikan sebagai ISA2?

Ini adalah apa yang telah berlaku dalam tempoh tujuh bulan yang lepas. Walaupun ada pembaharuan atau pemansuhan undang-undang drakonian ini, ia merupakan pelaksanaan ‘satu langkah ke hadapan, dua langkah kebelakang'.

Sama ada pelaksanaan enakmen Akta Perhimpunan Awam, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan penggantian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) serta pindaan kepada Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah dan Akta Keterangan; dan pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Ini adalah sebab mengapa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak boleh menyokong Akta Kesalahan (Langkah-langkah Khas) walaupun dipersetujui secara sebulat suara untuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan untuk mengakhiri kuasa mutlak penahanan tanpa bicara.

Sekiranya Perdana Menteri benar-benar ikhlas untuk menjadikan Malaysia sebagai negara dengan 'sistem demokrasi yang terbaik di dunia', biar beliau mulakan dengan membatalkan sebarang halangan dan bantahan terhadap perhimpunan aman 'Duduk Bantah' yang akan dihadiri rakyat Malaysia bagi menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil di Malaysia.

'709' merupakan tarikh yang bersejarah buat negara Malaysia sebagai hari yang memperkasakan erti sebenar slogan 1Malaysia-di mana rakyat jelata dari pelbagai kaum dan agama yang berkumpul bersama untuk menuntut 'Malaysia Yang Bersih' bukan untuk pilihanraya yang bersih tetapi dalam sistem politik dan semau aspek pentadbiran kebangsaan.

Biar '428' mengukir sejarah di Malaysia, bukan sahaja sebagai demonstrasi tanda keberdayaan rakyat Malaysia yang patriotik untuk 'Malaysia Yang Bersih', tetapi pengakuan bahawa Perdana Menteri benar-benar ikhlas dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai “sistem demokratik terbaik di dunia”.

Saya menyeru supaya kita bermula dengan pembatalan segera pengharaman kerajaan terhadap Bersih yang tidak munasabah dan tiada justifikasi – terutamanya berikutan penjelasan yang diminta oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rohana Yusof daripada Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkenaan dengan deklarasi kerajaan bahawa Bersih sebuah organisasi haram selepas pendirian baru KDN bahawa Bersih 3.0 bukanlah ancaman keselamatan.

Saya akan menyertai perhimpunan aman 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada hari Sabtu ini. Biar semua rakyat Malaysia yang patriotik terhadap negara mereka tidak kira kaum, agama, jantina atau umur, untuk mara ke depan, sama ada di Dataran Merdeka atau di mana-mana di Malaysia atau di dunia untuk menghantar suatu mesej dalam aman dan harmoni yang berbunyi: Rakyat Malaysia mahukan pilihanraya 'Bersih' sebagai prasyarat untuk 'Malaysia Yang bersih'.

9 comments:

  1. patut tukar saja kepada perhimpunan Kotor 3.0.. ada dakwaan kononnya penganjuran Bersih kali ini juga dibiayai oleh kuasa asing.. bukankah tindakan itu terlalu jijik?? patut la mereka tetap menganjurkan perhimpunan walaupun PSC telah ditubuhkan.. rupa2nya $$$ sudah masuk poket penganjur2 Bersih..

    ReplyDelete
  2. biasanya, perhimpunan hanya akan dibuat dimana kes itu berlaku.. berlainan dengan penganjur Bersih dimana mereka seolah2 telah mendapat lesen antarabangsa sehingga boleh menganjurkan demo di luar negara, yang tiada kena mengena dengan SPR Malaysia.. bikin malu saja!! orang luar datang ke negara ini untuk melancong, dia pula masuk ke negara orang untuk berdemo..

    ReplyDelete
  3. Kita tengoklah berita malam ni tentang perjalanan Bersih3.0.Mesti kecoh2 1 Malaysia lagi ni.

    ReplyDelete
  4. perhimpunan ini bawa masalah saja, jalan sesak, kecoh. mcm2 lagilah.

    ReplyDelete
  5. Bersih dilihat lebih kepada mengahsut rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat saya, BERSIH telah gagal dengan objektif yang simple iaitu perhimpunan secara aman. Tapi perhimpunan tu bertukar rusuhan. kesimpulannya BERSIH telah GAGAL.

      Delete
  6. Tiada saluran alternatif lain yang boleh digunakan ka selain berdemo?

    ReplyDelete
  7. BERSIH 3.0 sepatutnya tidak diteruskan sebab PSC telah membincangkan tuntutan2 antaranya telah pun diluluskan. Lagi pun PSC juga terdiri daipada wakil2 pembangkang. Lagi debat antara KJ dan Ambiga, dalam debat tu Ambiga terkedu dengan hujah2 KJ.

    ReplyDelete
  8. BERSIH tidak ada apa-apa yang dapat mengubah kerajaan. Kita tunggu saja nanti apa yang akan berlaku selepas PRU 13. Mampukah BERSIH ini membantu atau tidak.

    ReplyDelete