Friday 27 April 2012

BERSIH DIDAKWA JADI TALI BARUT ASING



TINDAKAN Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga yang tetap mahu mengadakan berhimpun di Dataran Merdeka Sabtu ini dilihat sebagai agenda 'tali barut asing untuk menghancurkan negara', dakwa Umno Cheras.

Ketua bahagian itu, Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee berkata, tanpa sokongan luar, Ambiga dan pemimpin BERSIH tidak akan berani mencabar kedaulatan undang-undang negara ini.

"Dilihat kepada sikap keras kepalanya, tidak mustahil Ambiga membawa agenda jahat kuasa luar untuk menghancurkan negara ini. Jika dia benar-benar jujur, sepatutnya menerima cadangan kerajaan supaya perhimpunan diadakan di stadium, bukannya di jalanan atau lokasi tumpuan umum," tegasnya .

Sehubungan itu, Syed Ali mendakwa Ambiga mempunyai niat tidak bersih dan sengaja melakukan provokasi untuk menghuru-harakan negara ini.

Syed Ali juga mendakwa rakyat bukan sahaja mencemuh dan menolak bekas pengerusi Majlis Peguam itu, bahkan juga hairan dengan sikap pihak berkuasa yang didakwanya "seperti takut untuk bertindak".

Dalam kenyataannya hari ini, pemimpin Umno itu turut mempersoalkan apa lagi kemahuan Ambiga sedangkan kerajaan didakwanya memenuhi hampir 80 peratus tuntutan BERSIH 2.0.

"Sebenarnya mereka sengaja merancang untuk lakukan demontrasi jalanan sepertimana yang dilakukan tali barut asing di beberapa negara Islam sebelum ini," katanya sambil mengaitkan dengan peristiwa di beberapa negara Timur Tengah.

Syed Ali turut mengutuk pendirian PAS yang sanggup bersubahat dengan Ambiga yang didakwanya penyokong kuat amalan budaya seks songsang.

9 comments:

  1. Tidak mustahil jika Bersih ini didalangi oleh pihak pembangkang dan pihak asing yang ingin lihat negara ini porak-peranda.

    ReplyDelete
  2. Harap keadaan terkawal semasa perhimpunan ini dibuat. Bukan seperti Bersih 2.0

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersih 3.0 lebih teruk dari bersih 2.0. kekecohan berlaku, byk harta benda rosak, ramai cedera. ini bukan lagi perhimpunan aman.

      Delete
  3. Campurtangan pihak asing dalam hal ehwal negara ni pasti akan membawa masalah yang lebih besar lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul ada campur tangan luar pasti akan lebih merumitkan.

      Delete
  4. Sudah diberi stadium tapi banyak buat hal la pula..

    ReplyDelete
  5. Itu tidak mustahil berlaku. Apa pun kita tunggu siasatan dibuat mengenai dakwaan ini. Mungkin ada kebenaran kenapa BERSIH boleh menjadi-jadi sekarang ini.

    ReplyDelete
  6. bolehkah Ambiga menafikan bahawa penganjuran perhimpunan Bersih tidak ada kaitan dengan kuasa asing?? ketika penganjuran Bersih 2.0, ada ura2 kononnya peserta2 dibayar antara rm50 hingga rm500 menggunakan dana asing.. betul ka??

    ReplyDelete
  7. sekiranya dakwaan ini betul, Ambiga patut dikenakan tindakan undang2.. tapi malangnya, ISA telahpun dimansuhkan..

    ReplyDelete