Friday 27 April 2012

BILAKAH PAIP AIR TENOM BERHENTI MENARI?



Oleh : MUTALIB M.D

LEBIH RM 80 juta telah dibelanjakan untuk menaiktaraf Skim Bekalan Air di Tenom, tidak termasuk dua kontrak baru Skim Bekalan Air Luar Bandar (BALB) melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW); masing-masing bagi Projek BALB Sistem Retikulasi Tahun 2011/2012 Negeri Sabah Zon 16B, Tenom, Sabah (KKLW.T.98/2011) yang dilaksanakan Poteck Enterprise Sdn Bhd dengan kos RM10,422,536.00 dan Projek Sistem Bekalan Air Tenom, Sabah, Fasa 2, (KKLW.T .188/2011 yang dilaksanakan oleh Asli Jati Engineering Sdn.Bhd. dengan kos RM28,888,888.00, namun isu 'Paip Air Menari Lansaran' belum juga selesai dan terus menari mengikut rentak Sambulayang dan alunan Lepa-Lepa.

Kenapakah Perdana Menteri membiarkan Menteri KKLW yang mendakwa dirinya sebagai 'Golden Eyed Boy' Najib memboros wang rakyat dalam Projek NKRA dengan melakukan 'Penggubahan Wang Haram' melalui Projek BALB yang disifatkan sebagai sebagai Projek 'Top-Up' untuk mengumpul dana pilihanraya bagi Menteri KKLW?

Tiba masanya Najib melakukan pembersihan dan transformasi politik terutama dua projek ini yang diberikan oleh Menteri KKLW kepada dua tokoh kontroversi iaitu Senator Chin Su Phin dan Datuk Peter Anthony melalui kontrak runding harga yang berautonomi; namun gagal menyelesaikan isu bekalan air di Tenom.

Saksikan VIDEO betapa hebatnya jampi serapah Menteri KKLW, bukan sahaja Zahida Rafik jatuh hati, malah sehinggakan 'PAIP AIR PUN PANDAI MENARI' ketika masyarakat Murut mula menghitung hari untuk meneruskan tradisi menyokong BN atau berdiam diri dan membuat keputusan melalui peti undi!


8 comments:

  1. Kena pastikan setiap projek dibuat dengan baik dan ikut perancangan untuk elak pembaziran dan kesilapan.

    ReplyDelete
  2. Siapa kontraktor yang terlibat? Pemilihan kontraktor yang bertanggugjawab amat penting agar projek berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya masalah tu disebabkan kontraktor maka kerajaan harus mendesak kontraktor tu untuk menyiapkan kerja2 tu secepat yang mungkin

      Delete
  3. Bukan masalah bekalan elektrik saja yang dihadapi oleh penduduk Tenom malah masalah air juga mereka hadapi sekarang ni. harap masalah ni dapat diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  4. masalah air kena diselesaikan segera, air bersih amat perlu bagi penduduk.

    ReplyDelete
  5. Kemudahan seperti air dan elektrik di bahagian pendalaman harus sentiasa diberi perhatian dan harus dipastikan mereka mendapat bekalan air yang mencukupi

    ReplyDelete
  6. Selesaikan masalah Air dikawasan Tenom. Ini kerana air merupakan sumber keperluan yang penting untuk seharian.

    ReplyDelete
  7. minta Raime Unggi bawa masalah ini ke parlimen.. beliau satu2nya harapan penduduk Tenom untuk membawa masalah mereka keperingkat tertinggi..

    ReplyDelete