Saturday 28 April 2012

BN AKAN HILANG 200 UNDI DI GARINONO?




ROSAK….Kerosakan jalan dibiarkan sejak sekian lama tanpa diambil peduli oleh ADR dan ADUN.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KEROSAKAN jalanraya masuk menuju ke Kampung Garinono dan kampung Pertanian Batu 25 Jalan Labuk sejak sekian lama hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa dinaiktaraf oleh pihak yang berwajib, sama ada ADUN Gum-Gum dan ADR telah menimbulkan masalah perhubungan kepada penduduk kampung berkenaan.

Salah seorang penduduk, Ambuk Kadir (gambar) berdiri menunjukkan ke arah jalan gravel tersebut memberitau Sabahkini.Net bahawa Pengerusi JKKK Kampung Garinono dan Ketua Kampungnya sudah berkali-kali melaporkan masalah kerosakan jalan ini kepada pejabat UPKR Gum-Gum, tetapi sehingga sekarang tiada  tindakan diambil, malahan dibiarkan begitu sehingga mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk setempat.

"Saya merayu kepada ADR Libaran dan ADUN Gum-Gum agar kerosakan jalan ini yang menjadi punca masalah kepada penduduk-penduduk setempat dapat di naiktaraf atau diturap semula. Apatahlagi pilihanraya umum ke 13 sudah semakin hampir. Nanti rakyat di kampung Garinono berpaling tadah kerana termakan hasutan pembangkang," kata Ambuk yang bimbang BN akan kehilangan undi 200 jika penduduk mengundi PKR, SAPP atau STAR.

Kata Ambuk, ADUN dan ADR tidak sewajarnya mengabaikan rakyat dan kawasan yang diwakili kerana para penyokong BN akan keluar parti pada bila-bila masa sahaja pada masa terdekat ini ekoran para pemimpin BN/UMNO tidak serius membantu rakyat yang memerlukan.

“Kita bimbang rakyat akan beri peluang parti pembangkang untuk menjadi kerajaan negeri atau persekutuan selama 5 tahun (satu penggal) kerana pada pandangan mereka jika kerajaan baru tidak bagus, mereka akan tumbangkan semula,” ujar Ambuk lagi.

22 comments:

  1. The government must always fulfill their duty and promises to the people so that the people can continue to put their trust on the BN government.

    ReplyDelete
    Replies
    1. These people are also important and are a part of the people in our country, the Govt must not forget them.

      Delete
  2. All the basic infrastructures must be provided to the people as this is the duty of the state and federal government.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau 'mata dan telinga' kerajaan tidak berfungsi dengan baik, masalah macam ni memang akan timbul. sebab itulah kena mengundi dengan bijak PRU nanti.

      Delete
    2. Hope there will be good news soon as these people needs help.

      Delete
  3. kemudahan inftastruktur di kawasan tersebut kena dipenglengkapkan. penduduk jg inginkan pembangunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. These people really do need serious help, i hope help is on its way.

      Delete
  4. Di mana wakil rakyat kawasan ni?kalau tidak dapat jalankan tugas, lebih baik tukar saja dengan yang baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is why the people should vote wisely in this election.

      Delete
  5. Hope the voices of these people can be heard by the Govt. This has to be solved before the coming election.

    ReplyDelete
  6. BN better buck up their performance if they want to stay as the winning team in sabah.

    ReplyDelete
  7. This road problems better be fixed before election. Hopefully the people representative in garinono will not be chosen to contest in this coming election.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan hareus mengutamakan rakyat dan mendengar suara rakyat.

    ReplyDelete
  9. Untuk mengukuhkan kedudukan, BN harus membaiki kelemahan yang mengecewakan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kekecewaan tu memberi impak kepada PRU13.

      Delete
  10. Inilah membuktikan WR tidak turun padang dan memahami keadaan sebenar.

    ReplyDelete
  11. Harap kerajaan negeri mempercepatkan membaiki infra yang kurang baik.

    ReplyDelete
  12. WR yang tidak bertanggung jawab dan menjalankan tugas dengan baik akan disingkirkan.

    ReplyDelete
  13. Mungkin kawasan ini perlu dilihat oleh wakil rakyat untuk memastikan dapat menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  14. jalan raya tu harus diperbaiki untuk keselamatan pengguna.

    ReplyDelete
  15. itu jalan sudah dinaik taraf ba tu.. tapi macam ada lori balak pula lalu itu jalan sampai permukaan jalan termasuk kedalam..

    ReplyDelete
  16. kalau jalan itu turut sama dikongsi oleh jentera berat, terpaksa la setiap bulan jalan itu dinaiktaraf.. jalan2 ke kampung lain terpaksa diabaikan sebab hanya jalan Kg Garinono saja yang perlukan perhatian kerajaan..

    ReplyDelete