Thursday 26 April 2012

HAPUSKAN DURI DALAM DAGING UPKO




PECAT …..Meikli mahu ADUN Kuamut memecat Ismail sebagai Pemaju Mukim kerana derhaka kepada pemimpin.

OLEH : SHAIMON S JUMADI

TINDAKAN Ismail Zainal membawa rombongan yang terdiri ahli-ahli UPKO Bahagian Kinabatangan dan bertindak sebagai jurucakap kepada Norfaizah Chua untuk melobi sebagai calun UPKO di Kuamut pada PRU 13 nanti disifatkan sebagai derhaka kepada pucuk pimpinan Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan, yang juga ADUN Kuamut Masiung Banah.

Ada beberapa kategori Ismail boleh dikenakan tindakan disiplin selain dipecat keahliannya dari daripada UPKO Kinabatangan sebagai AJK Bahagian dan kedudukannya sebagai Pemaju Mukim Kuamut.

Perbuatan Ismail melobi Norfaidah Chua, konon-kononya mahu mengambil alih kedudukan Masiung di Kuamut sudah terlambat kerana Masiung juga telah dikekalkan sebagai calon pada PRU 13 nanti di kawasan yang sama.

“Apa tujuan sebenar Ismail membawa Norfaidah Chua untuk melobi calon UPKO sedangkan Ismail tahu Norfaizah bukan tinggal di Kuamut atau di Tongod. Dia tinggal di Kunak. Apa motif sebenar Ismail yang telah dilantik oleh Masiung sebagai Pemaju Mukim mendapat imbuhan dan gaji yang lumayan?

“Inilah dikatakan kacang lupakan kulit. Tidak mengenang budi dan jasa orang yang memberi kesenangan. Apa yang Ismail tidak puas hati dengan kepimpinan Masiung Bana sebagai Wakil Rakyat di Kuamut?” tanya Setiausaha Kerja UPKO Bahagian Kinabatangan, Meikli Meikal (Gambar kiri) ketika diminta mengulas satu kenyataan yang tersiar di akhbar New Sabah Times pada 25 April 2012 bertajuk 'Penduduk DUN Kuamut Cadang Norfaizah dicalonkan pada PRU 13'.

Sebagai orang kanan ADUN Kuamut, saya minta Masiung memecat Ismail daripada jawatannya sekarang sebagai Pemaju Mukim kerana gunting dalam lipatan atau duri dalam daging parti UPKO Kinabatangan.

"Ismail wajar disingkir dan tidak boleh berada terlalu lama di dalam pentadbiran UPKR dan Bahagian UPKO. Orang sebegini lebih berbahaya daripada musuh luar kerana ia akan membunuh tuannya sendiri,” tegas Meikli.

Lagipun jelas Meikli, Norfaizah bukanlah seorang ahli UPKO bagaimana tiba-tiba mengaku dirinya ahli UPKO bila dia (Norfaiza) jadi ahli UPKO lantaran terus mahu dicadangkan untuk jadi calon UPKO/BN di Kuamut. Berapa Norfaizah bayar Ismail yang membawa rombongan dan sebagai jurucakap di Ibu Pejabat New Sabah Times?

Jika selama perkhidmatannya selama dua tahun sebagai Pemaju Mukim, Ismail tidak puas hati dari segi gaji atau kepimpinan Masiung, kenapa Ismail tidak mahu bersemuka dan berbincang secara jujur dari hati ke hati.

Kata Meikli lagi, Presiden UPKO Tan Sri Dompok bukannya terlalu jahil sehingga sanggup menerima bulat-bulat Norfaizah sebagai calon BN/UPKO.

"Apa jasa Norfaizah kepada UPKO dan rakyat Kuamut dan kenapa secara tiba-tiba berhasrat mahu menjadi calon? Siapa kenal dia? Tindakan bodoh Ismail ini telah meletakkan keluarganya dalam risiko kehilangan pendapatan, " kata Meikil.

12 comments:

  1. membuat kenyataan terbuka seperti ini juga boleh disifatkan sebagai membunuh tuan.. kenapa tidak ajak saja Ismail duduk berbincang? kan elok tu bincang secara tertutup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...kenyataan terbuka mengenai masalah dalaman parti hanya akan memburukkan parti itu sahaja..

      Delete
  2. Meikli tidak perlulah mensensasikan isu ini lebih2 lagi Masiung masih kekal sebagai calon di kawasan yang sama..

    ReplyDelete
  3. perbincangan secara tertutup adalah perlu bagi melindungi imej parti daripada tercalar..

    ReplyDelete
  4. Ada masalah, bawa ke meja rundingan.

    ReplyDelete
  5. Setiap ahli kena bersikap matang dan tidak bertindak ikut emosi. Ini akan menjejaskan nama baik parti.

    ReplyDelete
  6. Sepatutnya masalah2 macam ni tidak menjadikan media sebagai medium untuk selesaikan masalah. Tindakan ni hanya bagi poin pada pembangkang untuk mengeruhkan lagi keadaan.

    ReplyDelete
  7. setiap masalah yang timbul kena diselesaikan dgn cara baik.

    ReplyDelete
  8. Sesama ahli pun mau juga menjatuhkan satu sama lain. inilah yang merosakkan perpaduan dan perjuangan parti ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the struggle in BN is a party struggle and not an individual one, especially in ensuring the coalition wins all State and parliamentary seats, including wresting all seats that were lost to opposition candidates

      Delete
  9. CM optimistic that Sabah BN is capable of winning all seats in the State in the coming election

    ReplyDelete
  10. Sebaiknya kita bersatu untuk memastikan yang terbaik untuk parti sendiri.

    ReplyDelete