Thursday 26 April 2012

INDIA TANPA IC DIANGGAP ORANG ASING






Oleh : LEVEN WOON

KERAJAAN secara sistematik menghilangkan kerakyatan masyarakat India dengan menggolongkan mereka sebagai orang asing, dakwa Naib Presiden PKR N Surendran.

Seramai 300,000 masyarakat India didakwa tidak mempunyai kad pengenalan biru MyKad, surat beranak atau kedua-duanya sekali, dakwa Surendran dalam sidang media di Petaling Jaya.

Mengetengahkan permohonan seorang wanita Periakkah Nagan pada 2011, Surendran mendakwa, Jabatan Perkhidmatan Negara (JPN) menafikan pengelasannya bawah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes lain, dakwa Surendan lagi, permohonan Vasantha Lakshimi Gengalingam dinafikan MyKad biru bawah Perkara 19 atas dakwaan gagal hadir sesi wawancara.

"Jika kamu lahir di Malaysia dan bukan warganegara negara lain, kamu sepatutnya dikategorikan bawah Perkara 14 (berkaitan permohonan kerakyatan)

"Tiada alasan apa pun untuk mengelaskan mereka ini bawah Perkara 16 atau 19... jangan beritahu saya (pegawai kerajaan) tidak membaca Perlembagaan Persekutuan," kata Surendran.

Perkara 14 berkaitan kewarganegaraan melalui kuasa undang-undang dan Perkara 16 pula mengenai kewarganegaraan melalui pendaftaran bagi orang yang dilahirkan di persekutuan sebelum hari kemerdekaan.

10 comments:

  1. jumlah warga India yang masuk bekerja di negara ini bukannya sedikit.. kehadiran mereka di negara ini bukan senang untuk dibezakan memandangkan Malaysia juga mempunyai warga tempatan India.. oleh itu memang wajarlah pihak JPN tidak sewenang2nya memberikan kewarganegaraan kepada kaum India melainkan ada bukti2 kukuh yang menunjukkan mereka warga tempatan India di negara ini..

    ReplyDelete
  2. kesian JPN.. kalau dia bagi kewarganegaraan kepada 300000 India di negara ini, kena tuduh bagi kerakyatan kepada warga asing.. bila tidak diberikan kewarganegaraan, kena tuduh tidak rujuk undang2 pula.. susah la PKR ni.. Parti Kelirukan Rakyat..

    ReplyDelete
  3. Ramai juga India di negara ni yang tiada kad pengenalan/surat beranak tapi ada juga pula yang dapat dokumen2 tu melalui pintu belakang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana ini identiti sebenar mereka kena dipastikan.

      Delete
  4. Seramai2 PATI di negara ni, Indon dengan Filipin jugalah yang tetap bikin panas.

    ReplyDelete
  5. Kalau memang mereka bukan tempatan, bagaimana??

    ReplyDelete
  6. Kena siasat asal usul mereka sebelum memberi mereka ic. Sekarang ni banyak yang suka ambil kesempatan.

    ReplyDelete
  7. Bangsa India sebolehnya harus ada mykad supaya tidak wujud masalah2 seperti tu, memandangkan negara kita mempunyai ramai kemasukan buruh asing.

    ReplyDelete
  8. Mengenai perkara ini mungkin ada sebab berlaku. Yang penting pastikan ada dokumen lain yang menyokong bahawa mereka itu bukan warga asing.

    ReplyDelete