Saturday 28 April 2012

ISU KABOTAJ KE KABINET






TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan membangkitkan isu Dasar Kabotaj di Sabah pada mesyuarat Kabinet akan datang.

Menurutnya beliau hanya boleh mencadangkan supaya jawatankuasa khas Kabinet dibentuk dan akan mendapatkan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya berharap Perdana Menteri akan menyokong cadangan saya supaya kami dapat mengkaji isu itu secara menyeluruh.

"Jika jawatankuasa khas Kabinet dibentuk, yang saya mungkin mempengerusinya, kami akan mendapatkan kementerian dan agensi berkaitan untuk menganggotainya bagi membincangkan peraturan, undang-undang serta kos yang mungkin terlibat," katanya pada jamuan malam Dewan Perniagaan Sabah di sini Jumaat malam.

Muhyiddin mengulas perkara itu yang dibangkitkan oleh Presiden Federasi Pengilang Sabah Datuk Wong Khen Thau pada jamuan itu.

Dasar Kabotaj yang diperkenalkan lebih 30 tahun lepas, dipersalahkan oleh sektor industri dan komersil ke atas kos tinggi barangan di negeri itu walaupun ia sebahagiannya telah diliberalisasi oleh Kerajaan Pusat pada 2009.

Sebagai respons kepada cadangan Wong supaya menjadikan Sabah sebagai hab logistik serantau, Muhyiddin berkata Sabah sudah bersedia untuk memulakan misi itu memandangkan negeri berkenaan sudah mempunyai infrastruktur untuk merealisasikannya.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan pusat dan kerajaan negeri memerlukan masa untuk bekerja bersama-sama dan mengkaji keperluan dalam membangunkan Sabah sebagai hab logistik.

Sementara itu, Muhyiddin meminta Wong menyediakan kertas kerja mengenai penubuhan majlis logistik bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh industri berkenaan.

Beliau berkata antara isu yang dibangkitkan ialah dakwaan kartel terlibat dalam penetapan harga caj perkapalan.

Menurutnya jika dakwaan itu didapati benar, suruhanjaya persaingan boleh dipanggil untuk menyiasat.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata tidak ada sebab mengapa penduduk tempatan tidak diberikan peluang saksama untuk menyertai industri minyak dan gas di negeri itu.

"Jika ada syarikat Sabah yang berkeupayaan dalam mengurus industri ini, mereka wajar diberikan peluang. Mereka mungkin mempunyai sumber dan tenaga kerja, teknologi dan kemahiran untuk mengurus perniagaan dan diharapkan dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan," katanya.

Sebelum itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyuarakan kebimbangan bahawa penduduk tempatan tidak dapat menikmati impak positif projek mega seperti industri minyak dan gas di kawasan masng-masing jika peluang itu diberikan kepada syarikat dari luar Sabah.

Beliau berkata banyak syarikat tempatan di Sabah memiliki kemahiran dan keupayaan untuk menyahut cabaran itu.

Dalam perkembangan lain, Musa juga mengumumkan Kabinet negeri meluluskan pelaburan RM2 bilion oleh sebuah syarikat Amerika Syarikat dalam pembangunan udang karang dan ladang rumpai laut di Sabah. (Bernama)

7 comments:

  1. Hope that those points in the Cabotage system which are no longer relevant will be reviewed and eliminated.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Govt was fully aware of complaints that the policy was stifling the State economic growth, particularly in the manufacturing sector. Govt want every part of the country to grow economically and that is why the ministry need to look into these issues.

      Delete
  2. If only foreign ships are allowed to dock directly in Sabah and Sarawak without having to pass through Port Klang, it would make things much easier and reduce the cost of shipping to East Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the government had wanted a win-win situation for all stakeholders, particularly the people in Sabah

      Delete
  3. Dasar kabotaj memang perlu dikaji semula bagi memastikan kerelevannya dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  4. Saya setuju kalau isu ini dibawa ke kabinet. Ini kerana kita inginkan keadilan untuk Sabah dan Sarawak mengenai kabotaj polisi ini. Perbezaan berpunca daripada semua ini. Maka kerajaan perlulah adil dan bijak mencari penyelesaian yang terbaik.

    ReplyDelete
  5. selepas dasar kabotaj dimansuhkan, tidak mustahil harga barang di Sabah masih kekal tinggi berbanding dengan harga barang di semenanjung.. masih ada faktor2 lain yang menyumbang kepada kenaikan kos ini selain kabotaj..

    ReplyDelete