Saturday 28 April 2012

JANGAN HIDUP ATAS JANJI KOSONG


DATUK Seri Najib Tun Razak berkata rakyat tidak dapat hidup dengan harmoni jika terus terpedaya dengan pembangkang yang hanya pandai menabur janji bagi meraih sokongan undi setiap kali menjelang pilihan raya.

Perdana Menteri berkata pembangkang hanya mampu memperdagangan janji kosong dan selepas mendapat apa yang dihajati, mereka tidak mampu menunaikan janji kepada rakyat.

"Pembangkang mungkin boleh menjanjikan kita bermacam-macam...pada pilihan raya umum 2008, mereka buat banyak janji di Selangor tetapi hari ini kebanyakan janji itu tidak ditunaikan," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat yang dihadiri oleh 5,000 penduduk dari sekitar Kabong, Sarawak, Jumaat.

Najib berkata berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mana pemimpinnya sentiasa memastikan rakyat tidak kira di bandar mahupun luar bandar mendapat nikmat pembangunan secara adil dan saksama.

Menurutnya agenda pembangunan yang dibawa kerajaan BN bukan untuk jangka masa yang singkat sahaja tetapi program yang jangka panjang yang berterusan.

"Agenda ini berpanjangan dan diperkenalkan oleh Allahyarham bapa saya (Tun Abdul Razak), namun ia tidak akan dilaksana jika tiada kesinambungan kepimpinan sebagai mana dalam BN hari ini dan kini sampai giliran saya untuk teruskan," katanya.

Prihatin dengan masalah penduduk luar bandar, Najib berkata kerajaan telah meletakan program pembangunan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih sebagai agenda penting dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Katanya, jika rakyat terus memberikan mandat mentadbir negara kepada BN untuk tempoh lima tahun lagi, kerajaan boleh melaksanakan lebih banyak program memakmurkan rakyat dan ia bukan satu janji kosong.

"Kita minta mandat bukan semata mata kita gila kuasa, kita nak tipu rakyat tapi kerana kita ada agenda besar yang perlu diselesaikan," katanya.

Menurut Najib BN perlukan sokongan yang berterusan daripada rakyat Sarawak yang selama ini telah banyak memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan BN.

Pada majlis tersebut, Najib mengumumkan projek pembinaan jalan raya dan perparitan bernilai hampir RM26 juta bagi kawasan Parlimen Saratok.

Projek jalan raya itu melibatkan Jalan Ulu Krian/ULu Awik (RM18 juta), Jalan Ulu Kabong/Station DID Sesang (RM5 juta), naik taraf jalan Kampung Melango dan Pagan Saratok (RM2.5 juta), jalan kawasan padi Lubok Nibong (RM950,000) dan projek perparitan di Kabong dan Nyabor berharga RM200,000.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata hampir 700 kilometer jalan baru dibuat di Sarawak di bawah NKRA dan ia membuktikan kerajaan BN tidak hanya bercakap kosong dengan rakyat.

"Bila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib) mengumumkan NKRA dua tahun lalu, ia telah banyak memberi tumpuan kepada Sarawak dan Sabah dan banyak kemudahan seperti jalan, bekalan elektrik dan kemudahan air bersih dilaksana untuk rakyat," katanya. (Bernama)

26 comments:

  1. Promises must be fulfilled by the government, so that the people will continue to put their trust on the BN government.

    ReplyDelete
  2. Hopefully the basic infrastructure projects will be completed before the next general elections.

    ReplyDelete
  3. Masih banyak kawasan2 yang belum dicapai oleh program di bawah NKRA ni.harap2 ia akan dapat dicapai secara menyeluruh beberapa tahun lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Program2 untuk kebaikan rakyat harus dilaksanakan di seluruh Sabah dan pastikan setiap kawasan tidak ketinggalan.

      Delete
  4. byk janji ditaburkan pembangkang. janji mereka terlalu tinggi. namun, kita jgn mudah terpedaya dgn janji2 mereka.

    ReplyDelete
  5. Berhati-hati dengan permainan yang dibuat oleh pembangkang memberikan pelbagai janji untuk kepentingan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  6. Setiap janji harus dilaksanakan. Laksanakan secepat yang mungkin.

    ReplyDelete
  7. semakin lama jadi pembangkang, semakin banyak janji2 pelik dan tidak munasabah dia bagi.. begitulah keadaan pembangkang sekarang ini..

    ReplyDelete
  8. entah bagaimana pembangkang mahu melaksanakan janji2 luar biasa mereka seperti pendidikan percuma, pemansuhan tol, pemansuhan cukai, menaikkan subsidi keperluan asas dan bahan api, memberikan elaun rm500 kepada semua guru2, dean sebagainya.. dari mana mereka dapatkan dana untuk membiayai semua janji2 mereka?? IMF??

    ReplyDelete
  9. Barisan Nasional’s (BN) publicity & information bureau must be prepared to counter the opposition’s lies and allegations so that the people will not be cheated by those who are desperate to topple the government.

    ReplyDelete
  10. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman, who is also Sabah BN and Umno chief, said the bureau should always equipped itself with knowledge and ability to explain to the people about the government’s policies and promises fulfilled by the party.

    ReplyDelete
  11. The publicity and information bureau is the BN’s font liner in disseminating accurate information to the people at the grassroot.

    ReplyDelete
  12. All the allegations or issues raised by the opposition, who will constantly try to confuse the people must be countered with the correct information.

    ReplyDelete
  13. Musa said clear and accurate information given to the people, especially in Sabah, would ensure continuous support for all the efforts taken by the BN-led government.

    ReplyDelete
  14. And, he also said the people of Sabah knew how to show their gratitude to the government, especially when their needs and wellbeing were being taken care of.

    ReplyDelete
  15. It is warranted that gratitude are to be expressed to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for his continuous ideas to ease the people’s burden.

    ReplyDelete
  16. This is an example of a caring government and a leader who is concerned about the wellbeing of the people

    ReplyDelete
  17. Meanwhile, Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Ahmad Maslan, who is also Umno Information chief, hoped that all publicity and information chiefs at the divisional levels, would make optimum use of the face-to-face, print, digital and electronic media in disseminating information to the people.

    ReplyDelete
  18. “This can be done now. We don’t have to wait for general election because we have enough evidence on the success stories created by the BN government.

    ReplyDelete
  19. “We just need to remind the people again and again so that they will not fall victim to empty promises given by the opposition,” he explained.

    ReplyDelete
  20. Also present at the briefing session were Sabah Umno secretary Datuk Yahya Hussin, information chief Datuk Sapawi Ahmad, Sabah Umno Wanita chief Datuk Armani Mahiruddin and other State BN leaders.

    ReplyDelete
  21. The BN election machinery must be in a strong position, united and ready to take on the opposition in the coming general election. “We must strengthen our spirit, prepare and organise our machinery together in an orderly manner. We must not be complacent,” he stressed.

    ReplyDelete
  22. He even cited the Malay proverb of “buang yang keroh, ambil yang jernih” which literally meant remove the dirty ones and take only the clean.

    ReplyDelete
  23. In this respect, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has channelled multi-million allocations for Sabah to develop the education, security, health and agriculture sectors and also to boost the rural economy in the State.

    ReplyDelete
  24. He said this was evidenced by the various programmes introduced for the benefit of the people including the 1Malaysia concept, Government Transformation Programme (GTP), Economic Transformation Programme (ETP), National Key Result Areas (NKRA) and National Key Economic Areas (NKEA).

    ReplyDelete
  25. The recognition accorded by a visiting foreign leader recently, who was so impressed with the progress, prosperity and harmony of our people, also spoke volume of the BN government’s efforts and achievements.

    ReplyDelete