Wednesday 18 April 2012

JASA RAMAL BN KEMBALI RAIH MAJORITI DUA PERTIGA


BN diramal akan terus mengekalkan tampuk kekuasaannya selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dan merampas semula beberapa negeri yang kini diperintah oleh parti pembangkang, demikian menurut kajian Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Pengarah Bahagian Gerak Sarafnya, Taharuddin Yaakob hari ini berkata, kajian itu juga menunjukkan BN akan memperoleh semula majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum akan datang ini.

"Rakyat menghargai kesungguhan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Belum pernah dalam sejarah, seorang Perdana Menteri membentangkan kad laporan untuk penilaian rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Ketua Pengarah JASA Datuk Fuad Hassan pada majlis bersama pegawai JASA dan aktivisi JASA Negeri Johor, yang turut dihadiri pengarah JASA Johor Mohammad Abu Bakar, di Johor Bahru.

Taharuddin turut menyampaikan imbuhan wang tunai RM3,000 kepada 37 bekas pegawai JASA Johor dan komputer riba kepada 80 pegawai JASA negeri yang berkhidmat di kawasan-kawasan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri Johor.

Katanya, walaupun kajian JASA itu menunjukkan peluang BN di Pulau Pinang yang kini diperintah oleh DAP sebagai ‘malap’, tetapi peluangnya di negeri-negeri lain yang diperintah pembangkang adalah amat cerah.

"Di Kedah, peluang BN untuk merampas semula negeri ini adalah cerah, manakala di Selangor pula, walaupun ia menunjukkan sinar yang baik tetapi pengurusan isu pengundi bukan Melayu perlu dipertingkatkan," katanya.

Kesimpulannya, kata Taharuddin, BN akan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding 2008 dengan memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum kali ini dan memperoleh semula majoriti dua pertiga.

"Insya-Allah, BN akan menang pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Menurutnya, pembangkang kini memainkan pelbagai isu bagi mengelirukan rakyat serta memburukkan persepsi orang ramai terhadap kerajaan dan bukannya bertujuan meminta jawapan.

Sementara itu, beliau berkata, imbuhan wang tunai itu merupakan rasa penghargaan kerajaan terhadap pergorbanan yang dilakukan oleh bekas-bekas pegawai JASA itu. (Bernama)

8 comments:

  1. Party members who are highly united will be the key factor in determining victory for BN in the next general election

    ReplyDelete
  2. Good luck to all parties who will be contesting in the next General Election, may the best party win.

    ReplyDelete
  3. Hopefully the people knew who are the most suitable candidate to vote during the next GE.

    ReplyDelete
  4. segala ramalan yang dibuat akan diketahui tepat atau tidak pada PRU nnti.

    ReplyDelete
  5. walaupun baru empat tahun Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara, beliau telah banyak melakukan perubahan drastik yang mana tidak pernah dilakukan oleh pemimpin2 sebelum beliau seperti penubuhan PSC, penggunaan dakwat kekal dan pemansuhan ISA..

    ReplyDelete
  6. saya yakin kerajaan BN akan terus memerintah negara ini selepas PRU13 lebih2 lagi parti2 pembangkang di negara ini masih enggan bersatu untuk mengadakan pertandingan satu lawan satu terutamanya di Sabah..

    ReplyDelete
  7. Itu sudah semestinya. Kita yakin yang mana Kerajaan akan dapat mengambil semula kerusi yang dirampas oleh PR sebelum ini.

    ReplyDelete
  8. Tidak menghairankan kerana JASA.JPN dan SPR memainkan peranan PENTING d dalam Senerio Politik tanah air ini.Jabatan inilah yg menjadi PENGHIANAT d samping pemimpin2 UMNO Negeri dan Negara itu sendiri. Merekalah dalang Pengimport PTI2 yg d berikan HAK menjadi warganegara baru dalam Negara ini. Ini harus kita ingat tanpa menolak UMNO/BN pada PRU ke13 adalah satu kesilapan besar para pengundi dalam negeri dan Negara ini !!!

    ReplyDelete