Monday 9 April 2012

KEMBALIKAN MARTABAT NEGERI SABAH


Oleh : MOHD FIRDAUS M.N

“SABAH Merdeka tapi terjajah!” Begitulah ungkapan Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Lahirul bin Latigu, sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah kali ke-25.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa penyatuan Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Malayu yang telah membentuk Malaysia melalui Perjanjian 1963.

Bagaimanapun, Sabah yang kaya dengan khazanah yang melimpah ruah di laut dan daratan, masih serba serbi ketinggalan dalam arus pembangunan perdana negara ini. Beliau menjelaskan dan memberi contoh mengenai ‘dosa-dosa’ yang dilakukan oleh UMNO/BN ke atas Sabah setelah lebih 48 tahun merdeka.

Pilihanraya 2008 telah membuka ruang yang begitu besar untuk Sabah dan boleh di lihat sebagai penentu kepada survival politik kedua-dua UMNO/BN dan PAS/PR. Beliau menyeru supaya rakyat Sabah sedar berkenaan 'bargaining power' yang sekarang terletak di tangan rakyat Sabah.

Rakyat Sabah perlu mengambil kesempatan ini untuk menuntut segala hak yang begitu jauh dinafikan sekian lama oleh regim UMNO/BN. Rakyat Sabah juga harus bangkit dan memastikan pilihanraya ke-13 sebagai satu pungutan suara rakyat (REFERENDUM) menolak kepimpinan UMNO/BN bukan saja di Sabah malah di seluruh Malaysia.

Lahirul menjelaskan bahawa, persepsi rakyat terhadap PAS sama sekali tidak benar. Ia adalah gambaran hodoh yang sengaja dilukiskan oleh UMNO/BN bagi mengelirukan rakyat. Bagi pihak PAS pula, tembok yang dibina terlalu tinggi sehingga orang ramai tidak dapat melihat sendiri keindahan dan kecantikan PAS.

Beliau turut menegaskan bahawa, PAS bukanlah parti semenanjung malah PAS ialah parti nasional yang mendukung sepenuhnya aspirasi local Sabahan. PAS adalah parti untuk semua rakyat rakyat di negeri ini dari yang beragama Islam hingga bukan beragama Islam.

Penubuhan PAS di Sabah lebih lama berbanding dengan UMNO dan parti-parti tempatan di Sabah. PAS sudah 25 tahun berada di Sabah sejak tahun 1987 lagi.

Menurut beliau, keterampilan PAS adalah imej Islam yang sederhana dan bersih, tidak mudah tunduk dan lesu kepada pujuk rayu material dan tetap teguh dan mampat. Imej sederhana yang di tampilkan itu tidak bertaut pada imej mana mana individu atau kumpulan tetapi ianya sederhana yang menepati setepat-tepatnya konteks tafsiran Islam itu sendiri.

Lahirul menutup ucaptama dengan melaungkan, “dengan ALIF, kita membawa kesinambungan perjuangan asal, mengembalikan maruah dan martabat Negeri Sabah”.

15 comments:

  1. PAS kena bangunkan dan selesaikan terlebih dahulu masalah di negeri jagaanya.

    ReplyDelete
  2. hak2 dan martabat Sabah psti akan dipertahankan.

    ReplyDelete
  3. Yang pasti Sabah dahulu tidak sama seperti sekarang. Sekarang lebih banyak perubahan berbanding dengan sebelumnya.

    ReplyDelete
  4. apa guna parti nasional seperti PAS jika hanya aktif bila dekat pilihanraya??

    ReplyDelete
  5. bagaimana pula dengan Kelantan?? selepas lebih 20 tahun ditadbir oleh kerajaan PAS, sehingga hari ini masih belum memperlihatkan kemajuan.. malah menjadi negeri termundur di semenanjung.. jika dibanding keluasan Sabah dengan Kelantan, sepatutnya Kelantan jauh meninggalkan Sabah..

    ReplyDelete
  6. Lahirul patut sedar selepas kekalahan teruk PAS ketika PRN Sarawak.. kekalahan itu menunjukkan Sabah dan Sarawak belum bersedia menerima religious-based political party..

    ReplyDelete
  7. Minister of Foreign Affairs, Datuk Seri Anifah Haji Aman said the Barisan Nasional (BN) has kept its word and honoured nearly all its promises made to the people.

    ReplyDelete
  8. He said this was especially true when providing basic infrastructure facilities that are greatly lacking in the rural areas such as proper roads to help villagers improve their livelihood.

    ReplyDelete
  9. “However, there is still plenty that we need to work on and those that have not been accomplished stems from the fact that these projects cannot be done in the blink of an eye. They take time,” he said.

    ReplyDelete
  10. Anifah, who is also Kimanis Member of Parliament, was speaking to reporters after closing a campaign to increase padi yield for the Bongawan area held at Kampung Tengah Multi-Purpose Hall here yesterday.

    ReplyDelete
  11. “Another factor why some projects have yet to be implemented is beyond our control. There are low-lying areas that are often submerged in water during wet weather and this makes it hard to reach these parts,” he added.

    ReplyDelete
  12. Nevertheless, he was pleased to note that more than 65 per cent of the housing needs for the low-income group in Kimanis had been met, with the assistance of the federal government.

    ReplyDelete
  13. “Again, I don’t deny that there is much to be done but overall, the rate of development in Kimanis is moving and improving,” he said.

    ReplyDelete
  14. He added that the people in the constituency should therefore be grateful to the BN government for looking after them.

    ReplyDelete
  15. “Only the BN government is capable of implementing promises to the people. We will not promise something that is impossible for us to do,” said Anifah.

    ReplyDelete