Sunday 29 April 2012

KESAN GAJI MINIMA AMAT PARAH


Oleh : CHANG SHAK HUNG

PENETAPAN gaji minimum oleh syarikat swasta yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri akhir bulan ini, telah menimbulkan tanda tanya dan kegusaran di kalangan peniaga mahupun para pekerja itu sendiri.

Gaji minimum yang dicadangkan untuk pekerja swasta adalah sebanyak RM900. Apakah kesan pelaksanaan gaji minimum ini kepada para peniaga berskala kecil dan sederhana dengan pekerja itu sendiri?

Kerajaan yang ingin mencapai sasaran pekerja pendapatan tinggi menjelangnya tahun 2020, merupakan satu sasaran yang kurang bersesuaian sekiranya harga barangan di Sabah dan Sarawak tidak diselaraskan dan isu rasuah tidak ditangani dengan berkesan.

Untuk mengupas perkara ini, perkara yang menjadi persoalan utama adalah gaji minimum ini boleh dilaksanakan di Sabah terutamanya di Sandakan? Penduduk di Sandakan sentiasa berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi memandangkan harga barangan yang mahal dan adakah harga barang keperluan ini akan meningkat memandangkan kos operasi peniaga telah meningkat?

Secara ‘trend’ dan perkembangan semasa, sekiranya terdapatnya peningkatan dari segi kos operasi, harga barangan pasti akan meningkat. Beban tanggungan ini akhirnya akan dialihkan kepada pengguna.

Sudahlah harga barangan di Sabah terutamanya di Sandakan ini jauh lebih tinggi berbanding dengan harga Semenanjung Malaysia, namun keperitan hidup penduduk di Sandakan langsung tidak dihiraukan oleh kerajaan BN selama ini!

Isu pekerja yang mendapat gaji sekitar RM1,000 pada masa kini, akan terjejas teruk dengan kenaikan mendadak harga barangan di pasaran. Bukan itu sahaja, para pekerja yang telah mendapat gaji minimum RM900 nanti, langsung tidak dapat menikmati apa yang diharapkan kerana terpaksa menampung kos isi rumah yang tinggi dari segi keperluan dapur seperti sayur dan ikan yang mahal, pembelian susu tepung untuk anak-anak, barangan keperluan sekolah yang mahal, kos pengangkutan yang tinggi dan lain-lain perbelanjaan lagi.

Bukan itu sahaja, para pelajar yang telah tamat pelajaran di peringkat sekolah menengah akan berhadapan dengan masalah pengangguran memandangkan para peniaga tidak dapat menerima ramai pekerja memandangkan kos yang tinggi.

Mengapakah beban ini harus diberikan kepada pekerja yang makan gaji dan peniaga itu sendiri sedangkan kerajaan seharusnya dan sepatutnya menyelesaikan pelbagai isu termasuklah isu-isu penyelewengan wang oleh bekas-bekas menteri seperti isu Port Klang Free Zone (PKFZ); isu kecurian 2 enjin jet milik kerajaan Malaysia; isu pembelian kapal selam; isu projek lembu oleh National Feedlot Corporation (NFC).

Isu lain termasuklah isu RM100 juta yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk menaiktaraf lapangan terbang Sandakan pada tahun 2008; isu-isu pembelian barangan atau peralatan yang begitu mahal dan tidak masuk akal langsung; isu peruntukan untuk pembaikan kemudahan infrastruktur seperti jalanraya yang tinggi; isu-isu pendatang tanpa izin yang menyebabkan pengaliran keluar mata wang; isu pertukaran saham antara MAS dan Air Asia; isu pembelian sebuah lukisan yang melibatkan kos beratus juta ringgit oleh MAS dan isu-isu nasional lain yang masih berlaku pada masa sekarang.

Sekiranya perkara-perkara seperti yang di atas ini tidak berlaku, tiada penyelewengan serta rasuah dibanteras, penduduk Sandakan sepatutnya telahpun menikmati pembangunan dan kehidupan yang sempurna, serta Sabah tidak perlu dilabelkan oleh Bank Dunia sebagai 'Negeri Termiskin Di Malaysia'.

Cuba bayangkan manfaat yang boleh dikecapi oleh para pekerja dan peniaga tanpa perlu susah payah mencadangkan pelaksanaan gaji minimum, yang begitu membebankan semua pihak akibat daripada ketidaktelusan pemimpin di dalam Kerajaan Barisan Nasional itu sendiri.

Dengan yang demikian juga, kerajaan yang mengamalkan rasuah dan tidak berintergriti seharusnya ditukar bagi mencapai hasrat negara maju menjelang tahun 2020.

7 comments:

  1. Kadang2 ragu-ragu juga dengan dasar gaji minimum ni.adakah dilaksanakan ke atas semua rakyat yang bekerja di swasta tanpa melihat jenis pekerjaan dan jawatan yang dipegang.

    ReplyDelete
  2. gaji minimum telah lama diperjuangkan, kini apabila ia telah dilaksanakan, ada pula suara2 yang membantahnya. pelaksanaan gaji minimum ini wajar dalam membantu pekerja tingkatkan taraf hidup mereka.

    ReplyDelete
  3. Semoga minimu wage memberi keadaan yang positif kepada rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  4. Diharap para peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga2 barang dan perkidmatan

    ReplyDelete
  5. Gaji naik tapi barang pun naik rasanya tidak ada guna juga dengan gaji minima itu.

    ReplyDelete
  6. maknanya sia2 la pihak yang memperjuangkan gaji minima.. tidak dilaksanakan, salah.. dilaksanakan, pun salah..

    ReplyDelete
  7. kenapa tidak fikirkan kesan ini ketika mula2 ada pihak yang memperjuangkan gaji minimum??

    ReplyDelete