Wednesday 11 April 2012

KWAPM DITERUSKAN WALAU YURAN PERCUMA


BANTUAN……Salah seorang murid SK Perancangan menerima sumbangan RM200 daripada tabung KWAMP

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SERAMAI 70 murid dari Sekolah Kebangsaan Perancangan yang terdiri daripada golongan keluarga miskin masing-masing menerima bantuan wang tunai sebanyak RM200 setiap seorang melalui tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Libaran Datuk Hj Juslie Ajirol di Sandakan, kelmarin.

Juslie dalam ucapannya antara lain menjelaskan sumbangan wang tersebut ia merupakan antara bantuan yang diberikan kepada murid dan pelajar yang berlatar belakang dari keluarga golongan miskin untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna di sekolah yang mereka duduki.

Juslie berkata tujuan kerajaan memberikan bantuan tersebut kepada anak-anak daripada keluarga miskin adalah untuk membolehkan ibubapa yang dibelenggu kemiskinan dapat meneruskan anak-anak mereka belajar.

Katanya lagi bantuan namun sebaliknya hingga keperingkat sekolah menengah dan keperingkat institusi pengajian tinggi.

“Dasar kerajaan mahu melihat anak-anak daripada keluarga miskin agar menempuh kejayaan dalam pembelajaran dan memperoleh kerjaya mahupun pekerjaan yang boleh mambawa keluarga terkeluar dari belenggu kemiskinan hidup,” ujarnya.

Dalam pada itu Juslie menyeru ibubapa terutama sekali daripada golongan miskin supaya menggalakkan anak-anak mereka ke sekolah dan mempastikan mereka berjaya dalam pelajaran.

“Jangan jadikan kemiskinan sebagai faktor untuk membantutkan dan melemahkan semangat anak-anak untuk berjaya, sebaliknya kemiskinan itu sebagai menyuntik semangat bagi mendorong anak-anak mereka untuk berjaya,” tambahnya lagi.

Juslie menambah, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah menyediakan banyak prasarana pendidikan termasuk di daerah ini melalui pengwujudan Hub Pendidikan yang terletak di Kampung Sungei Batang, Batu 10, Jalan Labuk, Sandakan.

Beberapa institut dan pusat pengajian tinggi awam dan swasta jelas Juslie akan membuka cawangan atau erti kata lain institut di Hub Pendidikan untuk memudahkan golongan pelajar di daerah Sandakan melanjutkan pelajaran.

Dari itu kata Juslie sambil mempelawa pelajar di daerah Sandakan perlu merebut segala peluang yang sedia ada ini untuk terus belajar di beberapa institut seperti Politeknik Sandakan, Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah (UMS) sudah mula beroperasi di Hub Pendidikan ini.

No comments:

Post a Comment