Saturday 28 April 2012

PENGANJUR GAGAL PATUHI APA 2011




Oleh : MOHD HISHAM ABDUL RAFAR

PERLAKUAN ganas, merempuh sekatan polis serta membawa anak kecil memperlihatkan bahawa penganjur perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.

Meskipun penganjur telah pun memberi jaminan akan memastikan bahawa perhimpunan yang kononnya bertujuan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu berlangsung dengan aman, namun perhimpunan itu tetap disusuli dengan pelbagai insiden yang melanggar undang-undang.

Misalnya, akta tersebut menggariskan seseorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur manakala kanak-kanak bawah 15 tahun tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan.

Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000.

Pemerhati politik, Che Hamdan Mohamed Razali, daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu, berpendapat penganjur perhimpunan yang diketuai Datuk S.Ambiga disertai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang gagal mematuhi akta tersebut selain gagal mengawal pesertanya.

"Dari segi mengumpulkan orang untuk berhimpun memang Ambiga serta pemimpin pembangkang lain telah berjaya tetapi beliau selaku Pengerusi Bersama NGO itu gagal untuk mengawal para pesertanya supaya berkelakukan baik dan sopan," katanya ketika dihubungi Bernama.




Pensyarah Sains Politik itu berkata tindakan membawa kanak-kanak ke perhimpunan tersebut juga secara tidak langsung memberi isyarat bahawa tidak salah menentang pihak berkuasa.

Perhimpunan tersebut juga dilihat tidak hanya menjurus kepada tuntutan pilihan raya yang adil dan bersih, sebaliknya turut membawa beberapa isu lain antaranya isu Lynas, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) serta penyenaraian Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Menurut Che Hamdan, jika penganjur hanya mengutamakan isu berkaitan pilihan raya sahaja, beliau percaya peserta yang menyertai perhimpunan tersebut tidak ramai dan hanya berjumlah kira-kira 8,000 orang.

Sementara itu, perhimpunan tersebut juga boleh dikatakan gagal kerana tidak mencapai sasaran penyertaan iaitu 100,000 dengan polis menganggarkan seramai 20,000 peserta. (Bernama)

6 comments:

  1. inikah yang dikatakan perhimpunan aman? peserta bersih begitu ganas hingga berlaku kerosakan harga benda dan byk kecederaan berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersih 3.0 patut ganti rugi kepada peniaga2 di sana

      Delete
  2. Pada pendapat saya, Perhimpunan tu telah gagal kerana perhimpunan tu bertukar kepada rusuhan.

    ReplyDelete
  3. Memang tidak patutlah membawa anak-anak kecil dalam perhimpunan ini. Kerana ini cuma akan memburukkan keadaan nanti. Jika kematian berlaku kita tidak boleh menunding jari kepada pihak bertugas semasa itu. Tapi itu adalah salah diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. inikah yang dikatakan AMAN oleh Ambiga dan pemimpin2 pembangkang yang lain??

    ReplyDelete
  5. hanya kerana mahukan jawatan kabinet, rakyat dan negara terpaksa dijadikan mangsa.. saya harap seluruh rakyat Malaysia memboikot parti2 pembangkang pada PRU13 nanti..

    ReplyDelete