Wednesday 4 April 2012

PPKP TERUSKAN OPERASI PATI DI SABAH

PASUKAN Petugas Khas Persekutuan (PPKP) Sabah dan Labuan akan meneruskan operasi untuk memerangi kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negeri ini.

Ketua Penolong Pengarah Seksyen Operasinya, ACP Abdul Aziz Alwee, berkata ke arah ini pihak PPKP dengan kerjasama melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan telah mengadakan satu operasi yang dikenali sebagai ‘Ops Tanduk’ bagi mencari, mengesan sekali gus menangkap mana-mana PATI untuk diperiksa sebelum dihantar ke negara asal masing-masing.

Beliau menyeru kepada orang ramai agar tampil memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat bagi membolehkan pihaknya menjalankan pemeriksaan sekali pun ia melibatkan tempat terpencil jauh di pendalaman.

“Kita akan pergi buat operasi tetapi ia bergantung kepada ketepatan maklumat yang diterima. Begitu pun, kita sedang dalam proses meneruskan usaha tersebut bagi memerangi kebanjiran PATI di negeri ini,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Pusat Tahanan Sementara (PTS), Jalan Sibuga, Batu 5, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, operasi sudah pun bermula di sembilan kawasan di seluruh negeri Sabah dengan Daerah Sandakan merupakan operasi yang ke sepuluh mensasarkan tumpuan meliputi sekitar bandar termasuk kawasan pembinaan perumahan, perladangan dan perkilangan.

Tambah beliau, operasi pada Sabtu bermula lebih kurang jam 9 malam sehingga pagi Ahad itu telah berjaya memeriksa seramai 313 orang yang disyaki terdiri daripada 232 warga Filipina, Indonesia (42) manakala lain-lain (39).

“Jumlah dibawa ke Pusat Dokumentasi di PTS ini untuk tapisan lebih menyeluruh ialah seramai 114 orang iaitu warga Filipina 103 orang dan warga Indonesia sembilan orang sementara lain-lain dua orang.

“Hasilnya, seramai 100 orang didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Mereka terdiri daripada 93 orang warga Filipina dan warga Indonesia pula tujuh orang,” jelasnya sambil menambah bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah akta Imigresen sekiranya didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Sehubungan dengan itu, katanya, pihak PPKP akan menjalankan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa dengan menumpukan kawasan perladangan, perkilangan, pusat-pusat hiburan termasuklah pusat rawatan.

Abdul Aziz merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela dan beberapa agensi kerajaan lain yang memberikan kerjasama sepanjang operasi dua hari di daerah itu. (ST)

16 comments:

  1. Sesuailah operasi ni dilaksanakan di kawasan pembinaan, perladangan dan perkilangan sebab kebanyakan mereka bekerja dalam sektor2 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sesuai sekali dan ini akan menakutkan mereka.

      Delete
  2. Lebih bagus lagi kalau RCI ditubuhkan.

    ReplyDelete
  3. usaha dalam memerangi PATI kena diteruskan, jang biarkan PATI berleluasa. RCI perlu ditubuhkan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed, have to be done accordingly and continuously.

      Delete
  4. Yes, this is good! There are so many leftovers here.

    ReplyDelete
  5. memandangkan masalah PATI adalah hal yang serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak, maka ia perlu diselesaikan dengan segera

    ReplyDelete
  6. Perkara ini bukan sahaja berkaitan dengan isu politik tetapi ianya soal sosial, perlembagaan, kebudayaan, keselamatan dan isu-isu demografi yang perlu diselesaikan secara positif tetapi tegas sebelum PRU akan datang.

    ReplyDelete
  7. semoga tidak ada penglibatan pemberian kerakyatan songsang kepada PATI...

    ReplyDelete
  8. buktikan kepada rakyat bahawa kerajaan negeri/pusat benar-benar prihatin terhadap isu projek IC dan PATI di Sabah

    ReplyDelete
  9. demikian juga, kerajaan harus digesa tubuhkan RCI sebelum PRU-13

    ReplyDelete
  10. Operasi untuk menangkap PATI perlu diteruskan dan dikerapkan.

    ReplyDelete
  11. syabas, teruskan operasi seperti ini.. lagi bagus jika dalam masa yang sama, kawalan sempadan dan perairan negeri Sabah dapat ditingkatkan supaya usaha membawa keluar PATI ini bukanlah kerja sia2..

    ReplyDelete