Monday 2 April 2012

SABAH-SARAWAK, HARAPAN PAKATAN KE PUTRAJAYA

Oleh : LEVEN WOON

KETUA Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Anthony Loke yakin dengan peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya sekiranya ketiga-tiga parti anggotanya berjaya memenangi antara 10 hingga 20 kerusi tambahan di Sabah dan Sarawak.

Bercakap di satu majlis makan malam amal DAP di Kepong malam tadi, Loke berkata Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi tambahan kepada 82 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya sebelum ini, untuk membentuk kerajaan pusat.

Untuk itu, Pakatan perlu memenangi antara 10 hingga 20 kerusi kerusi lagi di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, katanya.

"Tapi apa yang lebih penting ialah Sabah dan Sarawak. Kita mesti mampu mendapatkan 10 hingga 20 kerusi di dua negeri ini," katanya ketika berucap kepada kira-kira 1,500 orang hadirin di majlis makan malam tersebut.

Pakatan perlu meraih sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk memperoleh majoriti mudah daripada 222 kerusi parlimen.

Ahli parlimen Rasah itu juga menyeru warga Kepong, terutamanya golongan peniaga untuk menyebarkan mesej berkenaan kepada rakan masing-masing dalam usaha mereka untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang.

15 comments:

  1. Political analysts from Sarawak predicted that Barisan Nasional (BN) is still in power in Sabah after the election of the 13th, but there will be a slight decrease of number of won seats, particularly those contested seats by Umno, PBS, Upko, PRBS, MCA and Gerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti Keadilan Rakyat (PKR) is expected not to win any seats in the elections.

      Delete
    2. Parti Bersatu Sabah (PBS / BN) will lose at least 2 or 3 seats, Upko / BN losing two seats, while Umno will lose 5 or 6 seats.

      Delete
    3. Gerakan party, if given the seat to be lost to SAPP beat if the "collision" occurred.

      Delete
    4. According to the analysts, the BN can maintain or increase the number of winning seats if they work hard to win the hearts of the people right now.

      Delete
    5. "Barriers for BN ti achieve this is the propaganda played by STAR," according to the analyst.

      Delete
    6. Predictions were made that DAP will win all urban areas in Sabah in the election, the BN can be intercepted and gain the upper hand if the selected candidate within acceptable by all people in the elections.

      Delete
    7. STAR stance that refuses to collaborate with PR, will be their down fall in this coming election.

      Delete
    8. PBS president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan announced that he wished to re-contest the Keningau parliamentary. he also expressed confidence that the people’s support for the Barisan Nasional in Keningau has remained strong. He said the people must continue to back the ruling coalition because it has an unblemished record.

      Delete
  2. pakatan di Sabah dalam keadaan lemah terutama PKR. bukan mudah untuk mereka menang di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..di KB lebih daripada 500 orang ahli PKR telah keluar parti menyertai STAR sementara di Sepanggar pula, pemimpin dan ahli juga keluar beramai-ramai.

      Delete
  3. Sabah dan Sarawak tidak mungkin akan memberi harapan kepada PR untuk menang dan menawan Putrajaya.

    ReplyDelete
  4. Belum tentu lagi tu. Keadaan politik Sabah tidak sama dengan keadan di Semenanjung.

    ReplyDelete
  5. Mungkin itu cuma mimpi untuk pakatan sebenarnya. Kita sendiri tidak pasti apa yang pakatan mampu bawa untuk menarik sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  6. jangan harap Pakatan mampu menang mudah di Sabah.. kerusi2 di semenanjung Malaysia pun belum tentu lagi boleh jadi milik pakatan.. jangan terlalu yakin..

    ReplyDelete