Friday 27 April 2012

SADDI 'YB' ATAU SYAITAN TANAH?






Oleh : MUTALIB M.D

TIDAK cukup dengan menipu, memperdaya dan menjual tanah bukan miliknya, ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman turut didakwa membuat laporan palsu kematian mangsa bagi membolehkan tanah yang didaftarkan di atas nama mangsa dipindahmilik dengan bantuan 'Peguam Durjana'.

Mangsa, Dayang Abdul Rashid yang pertama kali disiarkan kisahnya dalam 'Skandal Adun Sabah Dan Bursa Malaysia'pada 16 Mac 2012 lalu, kini tampil bersama bukti dan sekaligus mendakwa bahawa ADUN Sukau adalah 'Syaitan Tanah' yang menyalahguna kuasa dan kedudukannya untuk menindas rakyat jelata yang tidak berdosa sepertinya.




Menurut Dayang, beliau telah beberapa kali cuba menemui Saddi untuk menyelesaikan masalah tersebut, namun Saddi terus mengelak dan enggan menemuinya dengan alasan beliau (Dayang) telah mati dan beliau tidak mempunyai urusan dengan Dayang lagi!

"Akibatnya, saya terpaksa meminta bantuan saudara mara saya untuk ke Kuala Lumpur dan membuat laporan rasmi terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, Bursa Malaysia dan beberapa agensi penguatkuasa," kata Dayang yang agak kesal kerana terpaksa mendedahkan isu ini kepada media setelah semua jalan penyelesaian buntu.

Bagi menunjukkan kesungguhannya, Dayang telah membuat laporan polis pada 19 Mac 2012 di Balai Polis Beluran terhadap beberapa pihak yang berkepentingan melalu laporan bernombor TELUPID/000179/12 seperti berikut untuk mendapat pembelaan sewajarnya;


 


"PADA jam lebih kurang 10.00 pagi, setelah berbincang dengan keluarga, saya datang ke balai untuk membuat laporan agar polis menyiasat dan menangkap  ADUN Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman kerana secara curang dan bersubahat telah menipu, memperdaya dan menganiaya saya sehingga menyebabkan tanah N.T 083160374 (P.T 76080510) yang didaftarkan atas nama saya; telah ditukar hak milik kepada SADDI BIN ABDUL RAHMAN dan telah dipajakkan kepada TANNIAGA HOLDING SDN.BHD dan juga telah dicagarkan kepada HSBC BANK MALAYSIA BERHAD tanpa izin dan pengetahuan saya.

"Laporan ini juga dibuat terhadap Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur; Tetuan Saman Gulam; Penolong Pemungut Hasil Tanah Beluran dan Lembaga Pengarah Tanniaga Holding Sdn.Bhd iaitu Velayuthan A/L Tan Kim Siong yang juga salah seorang Pengarah dan Pemegang Saham dalam IJM Plantations Berhad yang telah secara bersama berniat jahat menukar hak milik tanah yang didaftarkan atas nama saya; sedangkan saya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kuasa, tidak pernah menjual atau menyerahkan hak benifiseri saya kepada sebarang pihak.

"Laporan ini juga dibuat terhadap pihak yang membuat laporan palsu atau menyediakan Sijil Mati palsu sehingga memperdaya atau mempengaruhi Kerajaan Negeri Sabah bahawa saya telah meninggal dunia dan meluluskan penukaran nama geran hak milik kepada pihak ketiga.

"Laporan ini juga dibuat agar Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menyiasat dan menggantung Urusniaga IJM Corporation Berhad di Bursa Malaysia kerana memalsukan aset sehingga membuatkan pelabur mempercayai bahawa IJM  mempunyai aset tetap, sedangkan mengikut Laporan Tahunan 2010, stok kod 2216 di muka surat 115-118 telah menyenaraikan tanah NT milik saya sebagai harta kepunyaan IJM Plantations Sdn Bhd.

"Laporan ini juga dibuat agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi bagaimana hak milik tanah saya ditukarkan nama kepada IJM Plantations Berhad tanpa persetujuan atau kerelaan saya; yang saya percayai dipengaruhi dengan wang rasuah.

"Laporan ini juga dibuat terhadap Pesuruhjaya Polis Sabah dan Ketua Polis Daerah Beluran kerana gagal mengambil tindakan terhadap laporan jenayah yang saya buat melalui laporan polis bernombor TPD/RPT/401/2007; sehingga menyebabkan penjenayah berleluasa menipu, memperdaya dan merampas hak saya yang dijamin di bawah Fasal 13, Perlembagaan Persekutuan."




Tegas Dayang, beliau telah membuat laporan polis pertama kalinya pada 21 September 2007 melalui laporan bernombor TPD/RPT/401/2007, namun memandangkan Saddi menjadi ADUN Sukau pada 2008, maka laporan jenayah beliau langsung tidak disiasat PDRM.

"Tetapi saya harap selepas laporan kedua ini, terutama setelah laporan ini disiarkan media, PDRM dan semua agensi yang terlibat tidak lagi memandang remeh laporan saya, terutama SPRM yang saya yakini telah menjalankan siasatan segera selepas saya memfailkan aduan rasmi terhadap Saddi," ujar Dayang yang tidak akan berganjak dengan keputusannya dan tidak gentar menghadapi pengaruh Saddi di Mahkamah.





15 comments:

  1. Betulkah tuduhan ini?? Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab jika ia benar2 berlaku. SPRM kena siasat aduan ini.

    ReplyDelete
  2. Isu tanah dari dulu sampai sekarang merupakan antara masalah besar di negeri ini. Semoga ada jalan penyelesaian dan nasib Dayang terbela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu tanah sentiasa terjadi. Jika perkara ini benar2 berlaku, harap SPRM akan segera siasat.

      Delete
    2. Kerajaan harus membela nasib rakyat khas hak milik penduduk di Sabah.

      Delete
  3. Pengkhianat dalam jabatan kerajaan perlu disingkirkan sebab ini hanya akan mencemarkan imej kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekerja2 di Jabatan Tanah yang terima rasuah harus dikesan dan dibuang kerja

      Delete
    2. Pekerja di jabatan tanah harus jujur, mereka yang menerima rasuah harus di bri tindakan yang tegas.

      Delete
    3. Setuju Alexis, perosak harus disingkirkan.

      Delete
  4. dakwaan ini kena disiasat, jgn biarkan perkara seperti ini berlaku.

    ReplyDelete
  5. Hak ke atas tanah untuk biarlah pada yang layak saja.

    ReplyDelete
  6. Jika betul tuduhan ini, harap dapat di siasat dengan tulus.

    ReplyDelete
  7. Apakah perkembangan Tribunal yang dicadangkan?

    ReplyDelete
  8. Siasat mengenai perkara ini. Ini boleh menjejaskan nama baik parti tersebut.

    ReplyDelete
  9. ADUN seperti ini patut digugurkan serta merta.. ini bukan membantu rakyat, menyusahkan rakyat ada la..

    ReplyDelete
  10. saya harap laporan polis dan sprm yang dibuat oleh mangsa ini berhasil membawa Saddi ke muka pengadilan sekaligus mendapatkan semula hak beliau..

    ReplyDelete