Monday 23 April 2012

SHAFIE BERBELANJA BESAR UNTUK 'ARTIS PLASTIK'



Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

SELAIN belanja bulanan lebih RM500,00 sebulan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Shafie Apdal terpaksa berbelanja lebih untuk menyediakan sebuah rumah mewah kepada 'Artis Plastik', gelaran untuk Zahida Rafik, yang telah menjalani Pembedahan Plastik beberapa kali untuk merubah wajahnya di London.

Setelah menjalankan siasatan rapi, Paparazzi berjaya mengekori Zahida dan mengenalpasti rumah mewah bernilai lebih RM 4.5 juta yang dibelikan Shafie sebagai tanda kasihnya; yang terletak di No 18, The Valley, Jalan TTDI 3, Taman Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur.

Rumah ini adalah rumah kedua, selain rumahnya di London yang bernilai lebih RM10 juta yang dibeli ketika mereka dikhabarkan bernikah di London menjelang Hari raya Aidil Fitri tahun lalu.

Pernikahan ini pada mulanya tidak diketahui oleh isteri Shafie, Datin Shuryani binti Shuaib, anak kepada salah seorang 'Datuk T' (Shuaib Lazim) yang mendedahkan Video Seks yang didakwa melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Paparazzi mendapat tahu daripada sumber terdekat Jabatan Perdana Menteri bahawa Shafie mengakui di hadapan Perdana Menteri bahawa beliau telah menikahi Zahida selepas Noor Azman Azemi membuat laporan polis; namun terpaksa merahsiakan pernikahannya bagi menjaga hati isteri dan enam orang anaknya; malah turut dinafikan Zahida.

Agak aneh, Shafie yang tidak mempunyai rumah di Semporna (rumah peninggalan arwah bapanya) sanggup membelikan Zahida rumah dan kereta mewah, serta belanja bulanan yang cukup lumayan bagi membolehkan Zahida menaiktaraf wajah Melayu-Pakistan kepada Arab-India.

PLASTIK.....Mampukah Wajah Plastik Zahida bertahan lama sedangkan Michael Jackson gagal menjaga bentuk hidung dan wajahnya sehingga ke akhir hayat.

Paparazzi juga agak terkejut kerana Ketua Pemuda UMNO Semporna yang Pro-Shafie selama ini bagaikan melempar batu ke kolam yang tenang kerana Facebooknya menyiarkan posting Habbal Min Sampulna yang dilinkkan dengan posting Nescafeais yang menyatakan;

"Endsini ma hilling apotek na etih sab hilling Melayu atau nih tulis mareom bahasa Melayu....Nih Harap Shafie anganjawab hal etih okok ambbal abuhuk onnah."

(Sebelum ini cakap orang putih, nah ini pula cakap Melayu atau ditulis Bahasa Melayu. Diharap Shafie dapat menjawab perkara ini supaya namanya tidak busuk.)

Percubaan Paparazzi menghubungi Zahida gagal dan SMS yang dihantar ke telefon Zahida 0122087497 dan 0192052330 juga tidak berbalas; manakala Shafie masih diam seribu bahasa sekalipun marah-marah sayang kerana nama 'isteri' keduanya sering menjadi perbualan rakyat setiap majlis yang dihadirinya.

Paparazzi akan mendedahkan lebih banyak lagi rahsia Zahida; terutama 'Pesta Seks' dan kehidupan liarnya; tetapi direstui Shafie dalam waktu terdekat. Kenapakah Datin Suryani mendiamkan diri jika benar Zahid hanya Gundik atau Isteri kedua tanpa poligami?

9 comments:

  1. Macam2 skandal menteri ni ya..kalau khabar angin ini tidak betul, tiada apa yang perlu ditakutkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat2 PRU memang banyak timbul isu-isu seperti ni. Lihat saja isu NFC,skandal balak Sabah. semuanya hanya alat politik pihak lawan.

      Delete
  2. Gosip Shafie dengan Zahida sudah lama. Pokok takkan goyang jika tiada angin. Siapa yang sebarkan cerita ni, tunjukkanlah bukti kukuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukti memang perlu kukuh, kalau tidak jangan menabur fitnah. mungkin ka Zahida isteri Datuk Shafie

      Delete
  3. Dengar2 Shafie akan mengambil tindakan ke atas orang yang membuat kabaran angin tu

    ReplyDelete
  4. semua ini belum tentu benar, Shafie dan Zahida dah menafikannya.

    ReplyDelete
  5. Banyak duit Shafie mahu belanja Zahida. Semua ini cuma permainan politik semata-mata.

    ReplyDelete
  6. pelbagai tuduhan dilemparkan bila kena kepada pemimpin2 BN walaupun tuduhan itu telah dinafikan.. ketika Anwar yang dituduh berkenaan dengan skandal seks, macam mana rupa bukti sekalipun tetap dinafikan oleh penyokong2 beliau..

    ReplyDelete
  7. memandangkan Zahida telah pun mengambil tindakan undang2, lebih baik kita tunggu saja siapa yang kena..

    ReplyDelete