Tuesday 10 April 2012

STAR MULA ROBOH TUGU UMNO TEMPASUK


PELANCARAN PARTI STAR N6 TEMPASUK

GEMILANG STAR semakin menyerlah apabila Pengerusi STAR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan melancarkan parti tersebut di Tempasuk, Kota Belud di rumah Suwah Bulleh, Penyelaras STAR Tempasuk.

Walaupun keadaan hujan yang agak lebat sebelum majlis dimulakan, namun sedikitpun tidak mematahkan semangat penyokong dan masyarakat untuk datang menyatakan sokongan sehingga mencecah 650 orang.

Majlis tersebut lebih nostalgik apabila Mantan Ketua Cawangan UMNO Kampung Pintasan Laut, Wan Ramli Bin Amad menyerahkan 560 borang kemasukan bekas ahli UMNO sebagai ahli STAR.

Menurut Wan Ramli, mereka menyertai STAR kerana yakin dengan perjuangan parti yang benar-benar ikhlas memperjuangkan hak-hak dan nasib Anak Negeri Sabah dan beliau percaya STAR akan mendapat kepercayaan rakyat pada PRU 13 nanti.

"Saya yakin ramai ahli UMNO akan tinggalkan parti itu untuk bersama kami di dalam STAR," kata Wan Ramli lagi.

Dalam pada itu, selaku tuan rumah, Suwah mengkagumi sambutan yang diberikan kepada penduduk kampung terutama kemasukan ahli UMNO kerana mereka telah bosan dengan janji Kerajaan Barisan Nasional untuk mengatasi masalah tanah dan prasarana di kampung mereka.

"Rakyat sudah cukup lama ditindas, terutama di Kampung Kalibungan, Siudon, Bungaliou dan Bubuk kerana tanah adat mereka telah dirampas untuk projek Agropolitan yang hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja," kata Suwah yang kesal kerana Anak Negeri Sabah terus terpinggir.

Kata Suwah lagi, begitu juga dengan tanah adat di Kampung Mandawang dan Toburon, kini telah diluluskan kepada sebuah syarikat untuk projek penanaman getah sehingga turut menjejaskan kawasan tadahan air kampung berkenaan.

Dalam para itu ketika menyampaikan ucapannya, Dr Jeffery menjelaskan persoalan yang sengaja ditimbulkan oleh musuh politiknya bahawa beliau tidak tetap pendirian dan sering berpindah parti adalah tidak berasas.

"Setiap parti yang pernah saya sertai sebelum ini tidak mempunyai hala tuju perjuangan ke arah menuntut hak-hak rakyat Sabah yang telah dirampas oleh pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional," kata Jeffrey yang membidas mereka kerana tidak dapat mempertahankan hak rakyat disebabkan pemikiran mereka telah dijajah oleh pemimpin UMNO; malah takut kehilangan kemewahan, kuasa dan kepentingan mereka.

Oleh itu kata Jeffrey, beliau mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut, namun yakin telah menemui apa yang dicarinya dalam STAR yang akan bergabung dengan parti tempatan lain untuk membuat kejutan pada pilihanraya umum akan datang.

5 comments:

  1. Mendapat sambutan juga STAR ni. Tapi kita lihatlah nanti adakah perjuangan mereka berhasil.

    ReplyDelete
  2. belum tentu lagi Star boleh menang di Tempasuk.

    ReplyDelete
  3. Itu cuma bilangan yang kecil untuk STAR. rasanya ini tidak bermakna dapat menggugat kedudukkan kerajaan BN.

    ReplyDelete
  4. macam mana dia tahu STAR ikhlas berjuang untuk rakyat Sabah sedangkan STAR belum pernah mentadbir negeri ini??

    ReplyDelete
  5. patut la STAR enggan bekerjasama dengan pembangkang2 yang lain.. rupanya mereka 100% yakin bahawa mereka mampu merampas negeri ini tanpa perlu bekerjasama..

    ReplyDelete