Tuesday 17 April 2012

TASK FORCE TAHAN 73 PATI DI LABUAN



SERAMAI 73 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam operasi dua hari bertujuan membanteras kehadiran pendatang tanpa dokumen sah di pulau ini dan Sabah. Operasi yang bermula pada Khamis dan dikenali sebagai 'Ops Tanduk' itu, diterajui Pasukan Petugas Khas Persekutuan serta bertumpu di kawasan Saguking, Sebor, Kiansam dan Pulau Daat.

Ketua Operasi, ACP Abdul Aziz Alwee berkata kesemua mereka akan ditempatkan di Pusat Tahanan Papar sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Mereka adalah sebahagian daripada 878 orang yang diperiksa dengan bantuan agensi penguatkuasaan terdiri daripada Perbadanan Labuan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pasukan itu membuat serbuan di kawasan Projek Petroleum Bersepadu Pulau Daat berharga RM3 bilion dan daripada 275 orang yang diperiksa, 54 telah ditahan. (Bernama)

9 comments:

  1. Operasi untuk menangkap PATI harus dikerapkan supaya lebih ramai lagi PATI dapat ditangkap.

    ReplyDelete
  2. Hopefully the Task Force will constantly conduct spot checks throughout the state in order to arrest those who entered Sabah without proper documentations. This will help reduce more illegal immigrants within the state.

    ReplyDelete
  3. The Immigration Department must take action against these illegal immigrants.

    ReplyDelete
  4. Penguatkuasaan perlu diperketatkan lagi di mana2 pintu masuk negara. kenalpasti juga 'lubang tikus' yang mereka gunakan untuk memasuki negara ini.

    ReplyDelete
  5. Operasi seperti ini memang sangat berkesan namun perlu dilakukan lebih kerap kerana PATI ni licik. seorang dihantar balik, sepuluh orang yang akan datang lepas tu.

    ReplyDelete
  6. sangat ramai PATI di negara kita, oleh itu, operasi perlu leboh giat dijalankan.

    ReplyDelete
  7. jangan lupa ambil tindakan terhadap majikan yang mengambil mereka sebagai pekerja.. punca utama kehadiran PATI samada di Labuan, mahupun di Sabah adalah majikan..

    ReplyDelete
  8. laksanakan juga operasi seperti ini di Sabah dan dalam masa yang sama meningkatkan kawalan sempadan negeri dan juga menghapuskan amalan rasuah dipintu2 masuk negeri..

    ReplyDelete
  9. Teruskan usaha menangkap PATI yang ada di Negeri kita ini. Operasi sebegini sememangnya dapat membantu mengurangan jumlah PATI yang ada.

    ReplyDelete