Friday 27 April 2012

TUNKU ABDUL AZIZ PATUT DIPUJI


 



PEMUDA MCA memuji Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kerana 'berpegang teguh kepada prinsip' dalam menolak penggunaan Dataran Merdeka untuk perhimpunan BERSIH pada 28 April.

Dalam satu siaran akhbar hari ini, Setiausaha Agung Pemuda MCA Chai Kim Sen memuji Tunku Abdul Aziz kerana meminta BERSIH menerima cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menukar lokasi perhimpunan itu, dan menyifatkannya sebagai 'agak rasional'.

Beliau juga menyifatkan Naib Pengerusi DAP itu sebagai 'contoh yang baik' untuk pemimpin-pemimpin lainnya, sambil memuji beliau kerana mengutamakan kepentingan terbaik negara dan bukannya untuk kepentingan politik.

"Komen beliau dibuat selepas mengambil kira kebajikan negara kita. Ini harus diberikan pujian dan saya harap DAP tidak akan mengambil apa-apa tindakan tatatertib terhadapnya," Chai (kiri).(MKINI)

9 comments:

  1. Harap lepas ni jangan pula ada cakap2 yang mengatakan Tunku Aziz dibayar oleh pihak tertentu untuk membuat kenyataan seperti itu.

    ReplyDelete
  2. Sentiasa rasional dalam menimbangkan sesuatu perkara dan bukannya ikut emosi semata-mata.

    ReplyDelete
  3. kalau rasa sesuatu perkara tu betul walaupun bertentangan dengan pendapat ahli2 parti yang lain, beranikan saja diri untuk suarakannya.

    ReplyDelete
  4. Dataran Merdeka jadi huru hara kerana Bersih. jika ia dilaksanakan di Stadium. pasti keadaan akan lebih tenteram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu bukan lagi perhimpunan aman tapi rusuhan

      Delete
  5. Kalau menyatakan pendirian dan pandangan diri sendiri pun salah, jadi DAP tiada nilai demokrasi la dalam parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sahaja DAP malah semua parti dalam Pakatan.. lihat saja kes Hassan Ali yang dipecat serta merta oleh presiden PAS.. langsung tidak mengamalkan demokrasi..

      Delete
  6. Puji kepada beliau kerana membantah perhimpunan BERSIH tersebut.

    ReplyDelete
  7. malangnya pemimpin yang baik seperti Tunku Abdul Aziz dikenakan tindakan pula.. apalah salah beliau mempunyai pendidrian yang berbeza dengan pemimpin2 pembangkang yang lain sehingga jawatan senator beliau dilucutkan??

    ReplyDelete