Thursday 26 April 2012

UMNO SILAM BANTAH BERSIH 3.0






Oleh : KASSIM AHMAD J

MERASAKAN peri pentingnya rakyat Malaysia mengetahui bahawa Bersih 3.0 didalangi pembangkang yang mendapat dana asing untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia denga menganjurkan demonstrasi 'Duduk Bantah' di seluruh negara pada 28 April ini, beberapa Ketua Cawangan UMNO Silam membuat laporan polis membantah penganjuran Bersih 3.0.

Menurut Jurucakap, Kunsul Nahul, (di tengah) pihaknya memikirkan Kerajaan BN yang ada sekarang adalah yang terbaik dan perlu disokong dan tindakan anti kerajaan adalah gerakan subversif yang akan melemahkan kerajaan.

"Kita perlu sekat gerakan halus mereka sekalipun mereka menuntut atas nama demokrasi atau apa juga nama kerana mengganggu keharmonian kaum. Jika mereka tidak berpuas hati dengan Kerajaan yang ada sekarang hendaklah dilakukan mengikut lunas demokrasi iaitu melalui peti undi dan bukannya demonstrasi jalanan," kata Kunsul yang kesal dengan sikap pemimpin pembangkang melobi dana luar untuk tindakan subversif mereka.



Berikut adalah isi kandungan laporan polis yang dibuat Kunsul melalui LDD/RPT/3628/12;

"Pada jam lebih kurang 2.00 petang, 24.04.2012 saya Kunsul Bin Nahul dan beberapa orang Ketua Cawangan UMNO dan Parti Komponen BN Silam datang ke Balai Polis Lahad Datu membuat laporan untuk membantah dengan sekeras-kerasnya Semonstrasi Bersih Duduk 3.0 yang PR/Pembangkang adakan pada 28 April 2012 di seluruh negara. Kami tidak mahu budaya luar terbawa-bawa masuk untuk membuat kacau bilau terhadap rakyat dan negara; Walhal Ketua dan pemimpin kami di Malaysia masih belum zalim lagi. Kami tidak mahu pembiayaan dana asing yang diperolehi PR/PKR berhaluan kiri untuk Gerakan Anti Kerajaan Malaysia melalui Demo Bersih (seperti mana laporan Polis saya pada 04.01.2012 dan telah didedahkan di dalam Sabahkini.net bertajuk Dua KC UMNO Lapor Kegiatan NED.)"

11 comments:

  1. tindakan penganjur2 Bersih 3.0 benar2 bersifat provokasi.. apa gunanya penubuhan PSC yang turut dianggotai wakil2 dari Pakatan??

    ReplyDelete
  2. jika benar tujuan mereka mahu proses pilihanraya berjalan dengan adil dan bersih, kenapa perlu buat demonstrasi di seluruh negara dan di beberapa negara luar?? apa motif mereka sebenarnya?? mahu pilihanraya bersih dan adil atau tumbangkan kerajaan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya ia lebih kepada menumbangkan kerajaan dengan taktik yang kotor.

      Delete
  3. jika benarlah dakwaan bahawa penganjuran Bersih dibiayai oleh kuasa asing, memang tepatlah tindakan UMNO Silam membuat laporan polis.. amat bahaya kedudukan negara bila rakyat sendiri membantu kuasa asing dan mengikut telunjuk kuasa asing menghancurkan negara ini dari dalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin perhimpunan Bersih 2.0 juga dibiayai oleh kuasa asing. Memang bahaya kalau menggunakan kuasa ketiga dalam mencampuri hal ehwal negara ni.

      Delete
  4. Tidak mustahil Bersih didalangi oleh pihak asing yang mahu lihat M'sia kucar-kacir.

    ReplyDelete
  5. Bersih dilihat lebih kepada menghasut rakyat untuk bencikan kerajaan.

    ReplyDelete
  6. bersih mmg tak wajar disokong.

    ReplyDelete
  7. Bersih pada pendapat saya hanya salah 1 strategik pembangkang untuk huru harakan negara dan rakyat

    ReplyDelete
  8. Sememangnya BERSIH mendapat bantahan dari pelbagai pihak termasuk orang awam sendiri.

    ReplyDelete