Sunday 28 April 2013

UNDI, HADIAH TERBESAR BUAT PAIRIN






Oleh : ROZIE JUMAT

TAMBUNAN :  Rakyat  di pedalaman di minta untuk memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, sebagai hadiah besar terhadap sumbangan yang diberikan kepada rakyat selama ini sebelum bersara dari arena politik.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) P.180 Keningau, Datuk Daniel Kinsik berkata, sejak tahun 1976 Pairin telah banyak membawa perubahan kepada rakyat di Sabah secara keseluruhannya, meskipun berhadapan dengan pelbagai kisah pahit dan manis di dalam perjuangannya demi untuk rakyat.

Menurut Daniel, rakyat Tambunan sangat bangga kerana Wakil Rakyat mereka pernah menjadi Ketua Menteri.
Sebelum ini Pairin, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah menyatakan secara terbuka bahawa Pilihanraya Umum Ke 13 ini merupakan, pilihan raya terakhir baginya.

Daniel yang juga Timbalan Ketua Bahagian PBS Tambunan berkata demikian di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg. Tondulu di sini.
“PRU 13 ini adalah pilihan raya terakhir beliau, untuk mengingati sumbangan Pairin terhadap Tambunan dan Keningau beri dia hadiah, beri dia undi, beri kemenangan yang besar kepada beliau,” ujar Daniel.
Hadir sama calon BN Tambunan dan Parlimen Keningau, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Cyril Yansalang.
Beliau turut mengingatkan pengundi bahawa bukannya mudah untuk berada di bawah kepimpinan pembangkang.
“Pada tahun 1994 kita pernah jadi pembangkang, bukan senang jadi pembangkang,” kata Daniel mengingatkan golongan muda, khususnya pengundi atas pagar agar memberikan undi kepada calon BN yang telah banyak membawa kesan pembangunan dan kemajuan di kawasan pedalaman.
PBS menyertai semula BN pada tahun 2002 dan kini merupakan rakanpasukan kepimpinan BN di peringkat Persekutuan dan Negeri.

1 comment:

  1. Tampat paling ngam kasi awet jaa ni huguan sioa simpan d mujium. ... Kotohhhh

    ReplyDelete