Friday 26 April 2013

SHAFIE SOKONG KEMPEN ADIKNYA






LAHAD DATU : Kehadiran Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam siri kempen adiknya Datuk Mohd Yusof Apdal yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Lahad Datu adalah sebahagian program memberi sokongan kepada semua calon Barisan Nasional (BN).

Katanya program itu penting bagi memastikan semua calon BN menang pada pilihan raya umum ini, sekali gus membolehkan BN membentuk kerajaan.

"Saya telah pergi ke Tawau untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan saya yang bertanding di sana dan saya juga akan pergi ke Sarawak untuk menyokong calon-calon BN di sana.

"Kita patut menyokong parti (BN). Saya datang bukan kerana calon kerusi DUN Lahad Datu ini adalah adik saya. Kita mahu pastikan semua calon menang dan mendapat majoriti yang besar kali ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pengundi di Kampung Warisan di sini.

Mohd Shafie yang mempertahankan kerusi Parlimen Semporna, berkata kemenangan semua calon BN akan mengukuhkan kedudukan BN sebagai kerajaan, sekali gus membolehkan lebih banyak program pembangunan untuk rakyat dapat dilaksanakan. (Bernama)

1 comment:

  1. Kita yakin Datuk Mohd Shafie,mempunyai hasrat murni yang telus untuk memperjuangkan kemenangan besar bagi Barisan Nasional khususnya di Sabah,bukan saja di N50 di Lahad Datu beliau berkempen,malahan beliau juga berkempen diTawau,dan di beberapa kawasan lain seperi Negeri selangor dan akan pergi ke negeri -negeri lain,

    (Dulu,Kini Selamanya)

    ReplyDelete