SABOTAJ.....Sepanduk
dan protes ini memberikan gambaran bahawa Ketua Wanita UMNO Semporna cuba
mensabotaj calon Adun Bugaya, Datuk Ramli Marhaban?
KETIKA kempen pilihan raya
masuk minggu kedua, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan jentera BN supaya
masalah dalaman parti seperti sabotaj mesti dibendung bagi memastikan BN
mencapai kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum ke-13.
Pengerusi BN itu berkata
beliau melihat momentum rakyat kepada BN adalah baik dan kedudukan parti itu
semakin meningkat termasuk berjaya memulihkan sokongan rakyat kepada BN di
banyak tempat.
"Cuma saya ingatkan
masalah dalaman mesti kita bendung, jika tidak, ia boleh menggugat pencapaian
kita.
"Saya dah kata bahawa
kemenangan dua pertiga itu masih boleh dicapai dengan syarat tidak ada unsur
dalaman yang boleh merosakkan pencapaian kita.
"(Masalah dalaman)
Maknanya sabotaj atau mereka tidak bekerja dan sebagainya. Jika kita bersatu
hati dan bekerja bersungguh-sungguh, tidak ada sebab BN tidak boleh menang
dengan cemerlang kali ini," katanya kepada pemberita selepas berjumpa
warga Kampung Baru Sungai Terentang di Rawang hari ini.
Najib berkata beliau melihat
sokongan rakyat di Semenanjung iaitu di sesetengah tempat adalah baik manakala
di sesetengah tempat lain pula BN perlu berusaha lagi untuk meraih sokongan
rakyat.
"Setengah tempat yang
kita tak fikir kita boleh buat kemaraan, kita dapat (sokongan), setengah
tempat, masih memerlukan usaha berterusan.
"Jadi, masih ada masa
seminggu lagi dan kita akan 'step up' usaha kita dan 'engagement' dan
menyelesaikan beberapa perkara yang mungkin berkisar kepada isu-isu
tempatan," katanya.
Di negeri-negeri yang
ditadbir pembangkang pula, perdana menteri berkata beliau melihat gelombang
biru kecuali di Kelantan adalah gelombang merah, merupakan satu fenomena yang
kuat bagi BN mencapai kejayaan dan mengembalikan negeri-negeri itu ke tangan
BN.
"Walaupun kita tahu
bukan mudah untuk menukar kerajaan di peringkat negeri, tetapi jentera kita
bersemangat dan kita akan lakukan usaha yang terbaik untuk mencapai objektif
itu," katanya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment