Saturday, 27 April 2013

BN BIJAK REBUT PELUANG PERNIAGAAN






Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD: Calon BN Dun Tempasuk Datuk Musbah Jamli berkata, kerajaan Barisan Nasional bertindak bijak dan pantas merebut peluang  perniagaan yang melibatkan antara bangsa, nasional dan disetiap negeri.

Katanya, peluang perniagaan itu menyediakan pakej pelaburan menguntung kepada semua rakyat diluar Bandar termasuklah   kawasan Tempasuk.

“Menerusi kecekapan dan tindakan pantas itu membolehkan Barisan Nasional memajukan daerah ini dan kawasan Tempasuk menjadi kawasan industri pengeluar beras Negara di Sabah,

“Di Tempasuk ada jelapang pagi, Agropolitan, mesej, pembinaan loji air berkepasti tinggi, jalan-jalan raya di kampong-kampung, bangunan sekolah kebangsaan dan menegah, bantuan nelayan, bantuan murid awal persekolahan, computer 1 Malayia, BR1M, bantuan warga emas dan program perumahan rakyat termiskin dan banyak lagi yang memboleh kerajaan Barisan Nasional juara mengurus masalah rakyatnya, berbanding pembangkang yang hanya berjanji kosong kepad rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersama calon BN Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan, berkempen di Pusat Daerah Mugundi, Timbang, Pandasan, Tamau dan Keguraan.

Difahamkan selain Musbah, Rahman juga dikatakan mendapat sokongan yang memberansangkan oleh golongan mudah di Tempasuk dan Dun Kadamaian.

Justru itu, Musbah yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, mohon pertimbangan kepada 16,000 orang penggundi di Dun  Tempasuk menolak pembangkang pada 5 Mei ini.

“Calon BN ini bukan kebanggan saya, tetapi ini adalah amanah yang harus kami buktikan kepada masyarakat Kota Belud, dunia bahawa rakyat menolak pembangkang demi untuk meneruskan kesenambungan agenda pembangunan Negara di Tempasuk dan Kota Belud amnya,”katanya

Terdahulu dari itu, Rahman menyifatkan kemasukan beberapa  orang pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat(PKR) menyertai Umno sebagai satu lagi kejayaan

“Mereka sebulat suara mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua cabang di setiap daerah, sekaligus memohon untuk menyertai Umno kerana kehilangan kepercayaan terhadap perjuangan PKR terutama ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim,”katanya

Rahman berkata, selain lebih satu billion peruntukan parliman yang telah diagih-agihkan kepada tiga Dun, bagi pembangunan luar Bandar di  Tempasuk, Kadamaian dan Usukan pada lima tahun yang lalu,  Kota Belud akan dijadikan salah satu daerah industri di negeri ini menjalang 2020.

 “Pada 1 Mei ini, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, akan berada di Kota Belud untuk mengumukan RM300 juta untuk pembinaan Pusat Sokongan Minyak dan Gas yang akan dibinakan di telok Pengkalan Abai, di atas tanah milik Yayasan Sabah,” jelasnya

No comments:

Post a Comment