Wednesday, 24 April 2013

SABAH MASIH FIXED DEPOSIT BN






IRING....Perdana Menteri Dato' Seri Najib diiringi Datuk Radin Malleh semasa ketibaan masuk ke Padang Pekan Tenom.

Oleh : JACOB BALANG

TENOM: Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak menepis tanggapan pihak tertentu yang mendakwa kononnya gelaran 'Fixed Deposit' Barisan Nasional (BN) di Sabah sudah cair; malah semakin bertambah kukuh ekoran kekuatan sokongan rakyat Sabah terhadap BN.

Senario ini semakin terbukti kerana beberapa majlis bertemu rakyat yang telah diadakan sebelum ini seperti di Kuala Penyu, Beaufort, Kimanis dan Bongawan telah dibanjiri berpuluh ribu rakyat dari segenap lapisan kaum termasuk Kota Belud sekalipun beliau tidak dapat hadir kerana masalah cuaca.

“Bagaimana pun, saya difahamkan bahawa kira-kira 10,000 rakyat di sana (Kota Belud) sudah menunggu kedatangan saya, tetapi masalah cuaca menghalang kehadiran saya di situ,” katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Padang Pekan Tenom dekat sini pagi tadi.

Tambah Najib, "Siapa mahu rosakkan BN di Sabah? Penceroboh Sulu mahu mengganas dan menggugat kedaulatan Negara kita? Kita nyah dia...(adakah) pembangkang mahu ambil alih pemerintahan di Sabah? No way !...only one way,“ tegasnya lagi sambil disorak kira-kira 10,000 hadirin.

Perdana Menteri itu seterusnya menegaskan bahawa kerajaan BN harus terus dikekalkan selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) demi untuk meneruskan arus pembangunan yang lebih pesat supaya rakyat akan terus menikmati penghidupan yang lebih selesa, suasana aman dan harmoni.

Katanya, rakyat telah pun kenal dengan jasa dan bakti BN kepada rakyatnya di mana berdasarkan itu kepimpinan BN telah membentangkan satu manifesto bertemakan “Menepati janji, Membangun Harapan” sebagai janji kepada rakyat.

“Kita telah menukarkan sebutan manifesto kepada 'Aku Janji' kerana janji yang ada terkandung dalam manifesto hendaklah ditepati; bukan macam di Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat, mereka merosakkan objektif manifesto malah mereka sifatkannya bukan janji.

“Tetapi kita dalam BN buat manifesto mestilah dibuat secara serius untuk menepati janji itu, sebab itu, kita menukar sebutan manifesto kepada aku janji,” tegasnya.

Najib berkata, malahan Ketua Eksekutif IMF (International Monetary Fund) Christine Lagard menyifatkan transformasi pengurusan ekonomi Negara menampakkan perubahan lebih tinggi mengakibatkan IMF terpaksa revised lebih tinggi daripada yang dijangkakan sebelum ini.




SEMANGAT....Dari kiri, Datuk Raime Unggi, Datuk Musa Aman, Dato'Seri Najib, Datuk Radin dan Senator Lucas Umbul.

“Trek rekod (pencapaian) kita selama 4 tahun sebelum ini sangat memuaskan dan rakyat tidak ada komen...bukan macam pembangkang janji kasi free itu dan ini; lagi pun, manifesto pembangkang yang merancang pembangunan Negara bercelaru dan jika dilaksanakan Negara akan bankrap di mana penaganilis daripada golongan profesional Negara akan mengalami defisit 11.5%.

“Kita bukan sekadar beri Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada rakyat Malaysia. Kita juga akan beri BR1M 2, BR1M 3 dan akan seterusnya bertambah berperingkat peringkat ke BR1M 4.

“Soal kadar kemiskinan kini sudah menurun kepada 8.1% setakat tahun 2012 dan dijangka dalam tempoh 5 tahun lagi akan terus menurun daripada 8.1% kepada 3%,” tegasnya lagi.

No comments:

Post a Comment