Saturday, 27 April 2013

PEMBANGKANG TETAP RANAP 5 MEI.






MANTAP.... Rahman dan Herbert (tengah) ketika bersama jentera pilihan raya dan penyokong BN di Kampung Tuguson berseru Tatap BN.

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD : Calon BN DUN Kadamaian, Datuk Herbert Timbon Lagadan menyifatkan tindakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat(PKR) Kota Belud Saidil Simoi keluar daripada parti itu dan menyertai Barisan Nasional sebagi amaran jelas bahawa pembangkang 'Tatap Ranap' pada 5 Mei ini.

Katanya, tindakan mantan Ketua Cabang PKR Kota Belud yang juga bersama beberapa Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi PKR Sabah diterjemahkan bahawa golongan mereka ini adalah bijak berpolitik dalam soal, manakah pemimpin negara yang layak menjadi Perdana Menteri dan parti manakah yang boleh menang untuk meneruskan kesinambungan agenda pembangunan Negara menjelang 2020.

“Tindakan mereka itu patut diikuti oleh pembangkang yang lain di negeri ini khususnya di Dun Kadamaian dan amnya di Kota Belud, supaya penyokong tegar pembangkang itu, tidak akan menyesal di kemudian hari, ia itu, selepas pembentukan kerajaan Barisan Nasional, 5 Mei nanti.

“Kata orang, sesal dahulu pendapatan, seperti yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR itu, tetapi sesal kemudian iaitu, sesudah BN bentuk kerajaan baharu, anda cuba ketuk pintu kapal Nabi Noh yang sedang belayar menuju kepada kegemilangannya, tetapi anda tetap hampa untuk selama-lamanya kerana ketinggalan kapal Barisan Nasional yang gagah perkasa untuk selamatkan 28 juta rakyat Malaysia, termasuklah kita semua” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersama calon BN Parlimen Kota Belud, semasa berkempen di Pusat Daerah Mengundi Kampung Tugusan dan Kampung Koung di sini.

Herbert yang juga Pembantu Menteri Pembangunan dan Hal Ehwal Pengguna berkata, apalah yang dia perolehi kalau menipu dan membodoh-bodohkan rakyat sepanjang masa.

Katanya, baginya, tiada guna sekalipun memperolehi seluruh dunia ini, tetapi disebaliknya dia adalah seorang pemimpin yang penipu dan pembohong kepada rakyat, seperti yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

“Masyarakat kadamaian berhak melakukan penyelidikan secara terbuka dan bebas keatas usaha saya dan peruntukan parlimen Datuk Rahman Dahlan yang disalurkan kepada Kadamaian selama lima tahun lalu yang semuanya dinafikan oleh pembangkang

“Kadamaian mempunyai sebanyak 84 buah perkampungan juga mempunyai bentuk bumi yang luas berbanding dengan Dun yang lain, sehingga peruntukan parlimen berjumlah lebih daripada 1 billion itu tidak kelihatan kerana diagih-agihkan kepada tiga kawasan dan mari kita bersyukur apa yang ada,”katanya.

No comments:

Post a Comment